Monday, April 22, 2013

Pemuja Karl Marx dicalonkan PKR punca pertindihan - TG Hj Hadi

Petikan seketul-seketul perkataan yang diucapkan oleh Tuan Guru Haji Hadi dalam video di bawah

Ada orang kata..... ni pemberita nak ambik berita boleh lah... Macam mana nak menyelamatkan negara Pas dok berlawan dengan keadilan...bertindih parti pasal apa....PAS bertindak bertanding di beberapa tempat. Berlakunya pertindihan ini kerana nak menyelamatkan Pakatan Rakyat.

Tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak. Perintah sekejap... PAS mempunyai jentera-jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya. Tetapi kalau ada calon yang kita khuatir.. calon yang tangkap muat yang boleh menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku.. maka PAS mesti bertindak.... hingga berlaku pertindihan.

Di Johor berlaku pertindihan kerana... sebabnya kita tunggu rakan kita mari dak mari masuk nama calon.... sikit lagi nak abis (masa) nak tamat... tak mari-mari. Kita stand by takut menang tak bertanding. Kerana ada hok jual ni... hok jual calon ni adaaa..... PAS terpaksa bertanding . Bila PAS masuk barulah dia masuk. Ha  ini dia ceritanya.

Ada calon-calon yang kita khuatir... tak perlu sebut di mana-mana...calon-calon yang kita ada maklumatttt... tukang edar pil kuda.... nak jadi calon macam mana? Nak jadi calon macam mana ... tukang edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam niiii.. Terang-terang saya sebut.. keadilan pun tak boleh terima.. tak payah sebut dari mana-mana....

Ada calon yang menjulang gambar Lenin... gambar stalin... macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan dengan DAP saja. Tak kerjasaman dengan parti stalin ... parti lenin. Ada orang parti Lenin dan Stalin. Menjulang parti Lenin dan Stalin... orang Rusia... Karl Marx... Gambar Carl marx duduk dalam markas.. Nok suruh orang PAS kerja? Karl Marx ni macam nabi muhammad dia lah. Dia menganut ideology kominis. Ideologi kominis diharamkan di Malaysia. Dia tempek gambar Karl Marx dalam markas.. macam mana orang PAS nak buat kerja?



Inilah sebabnya bertindih bertanding tu.... Itu dia.... Nak menyelamatkan Pakatan Rakyat...Kita tak mahu jadi macam negeri Perak... memerintah sekejap ... jatuhhhhh..

PAS tetap bersama dengan Pakatan Rakyat.. PAS bertindak untuk memelihara keteguhan ... bukan sahaja semasa pilihanraya... keteguhan selepas kita diberi kemenangan oleh Allah S.W.T.. supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam Pakatan Rakyat.

Itu penjelasan saya... boleh masuk surat khabo esokkkk...supaya mereka yang tak faham dalam masalah ini boleh faham. mengapa kita bertindak..

Kita tak jadi masalah kerjasama dengan DAP, kerjasama dengan PKR...yang sepenuhnya PKR.. yang sepenuhnya DAP... Tetapi mari (datang) hok kaki-kaki haru ni jadi .............................................(tak clear). Hok ni PAS tak boleh terima.. Kerana kita nok kerajaan yang teguh dan kuat.  Kerajaan yang boleh memerintah sebagaimana yang kita janji dalam buku jingga.- Tuan Guru Haji Hadi

Kalau tak faham sila tonton video di bawah


Siapa calon PKR yang sanjung Karl Marx dan siapa pula yang jual pil kuda?

 Berikut adalah senarai pertembungan calon PAS dengan calon PKR

Di Damansara calon PAS, Ridzuan Ismail dan calon PKR Dr Mohd Nasir Hashim masing-masing mendaftarkan diri bersama dua calon bebas untuk menentang calon UBN Halimaton Saadiah Bohan. Kerusi ini sebelum ini adalah milik Dr Mohd Nasir dari PCM yang bertanding atas PKR.

Di kerusi Bukit Besi (Terengganu) pula, Mohd Syamsul Md Amin (PKR) dan Roslan Ismail (PAS) menentang calon UBN, Rosli Daud.

Kerusi Kota Putra, calon PKR Abdul Ghani Ibrahim dan calon PAS, Adam Mat Said akan menentang calon UBN Mohd Mahadi Musa.

Manakala di Seberang Takir calon PAS Zakaria Dagang dan calon PKR Ahmad Nazri Mohd Yusuf menentang calon UBN Ahmad Razif Abdul Rahman.

Manakala di kerusi Sungai Aceh, (Pulau Pinang) pula, calon PKR Badrul Hisham Shahrin dan calon PAS Mohd Yusni Mat Piah menetang calon UBN Muhammad Zakaria.

Di kerusi Panti calon PAS Azlisham Azhar dan calon PKR Mohd Annuar Mohd Salleh menentang calon UBN Baderi Basuki.

Di Labuan pula calon PAS, Hadnan Muhammad dan calon PKR Ibrahim Manuddin menentang calon UBN Rozman Isli. 

Di Jelapang, Perak calon DAP, Teh Kock Ke dan calon PSM M Salavarthy menentang calon UBN S Mokan.

Penyelesaiannya
Semasa mesyuarat nanti TGHH perlu perjelaskan kepada Anwar perilaku calon-calon yang dimaksudkan. Jika PKR mahukan kerusi jangan bagi kerana terang-terang rakyat akan tolak calon yang begini.

Jika mereka menang sekali pun, selepas pilihanraya mereka akan mudah dibeli dengan ugutan atas jenayah mereka terutama si penjual pil kuda....  Yang berideologi komunis akan ditangkap. bermakna dua kerusi PR akan hilang.

Di pihak PKR, jika kemenangan menawan Putrajaya menjadi keutamaan sila gugurkan calon-calon tak bermoral ini sebelum jadi barah dalam Pakatan Rakyat.

TETAPI .....Jika dakwaan TG Hj Hadi tidak benar, permuafakatan perlu dibuat dengan seadil-adilnya agar misi menawan Putrajaya menjadi kenyataan

SIAPA TERMAKAN JARUM BERACUN?

AYAHANDA MENGAMoK DI HARI PENAMAAN CALoN GoPENGHEGEN


adios

No comments:

Post a Comment