Friday, April 5, 2013

Nah kau! nak tau sumber dana Anwar Ibrahim.. baca ni


Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi Cina bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li (gambar), ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop – apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

“Mereka tidak peduli satu apa pun… tetapi mereka tidak ingin masuk penjara,” Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

“Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.”

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai ‘the dawn raids’. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lagenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu elektrik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ‘ kes lampu padam’ ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

“Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar ‘ad hoc’. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya,” dakwa beliau.

“Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia ‘playing to the gallery’,” kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

“Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara.”

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

“Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu,” katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban ‘kerpai buruk’. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil ‘loud hailer’ untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

Cuba google kaitan Anwar dengan muslim brotherhood yang dianggotai raja-raja arab seperti raja arab saudi, raja jordan, raja UAE. Mereka memiliki rangakain bank di serata dunia dan tidak terkecuali Al Rajhi bank yang turut beroperasi di Malaysia.

Anwar disanjung sebagai pejuang Islam di seluruh dunia Arab. Dia dipercayai dan diberi dana untuk meneruskan perjuangan Islamnya. Jangan temberang Anwar Ibrahim tentang ikhwanul Muslimin atau muslim brotherhood. Dia duduk dalam tu..walau apa pun peranannya dalam ikatan muslim brotherhood, namun dia adalah muslim brotherhood.. Tak usah gebang besaq tentang perjuangan Islam dengan Anwar Ibrahim.

Sejak Anwar Sadat menasihatkan Mahathir supaya membawa Anwar menjadi pengikutnya dalam umno dan barisan Nasional. Sejak itulah sayap Anwar Ibrahim yang merupakan orang kuat ABIM semakin meluas ke serata dunia.

Bukan kerana dia politician, orang kaya atau bintang filem tetapi peranannya dalam usaha mencorak islamkan Malaysia. Ketika era Anwar Ibrahim muncullah bank islam yang pada mulanya tidak difahami masyarakat. Kini kewangan Islam melalui bank Islam yang mula-mula dibawa Anwar Ibrahim telah dipraktik oleh hampir kesemua bank yang beroperasi di Malaysia.

Hasrat Anwar Ibrahim untuk mencorak Islamkan umno dan Malaysia tidak disenangi ramai rakan dan musuhnya dalam umno. Maka wujudlah pelbagai dalil baru yang biasa kita dengar dari mulut-mulut busuk ahli politik yang mana secara disedari atau tidak boleh membawa kepada gugurnya syahadah seseorang yang melafaskannya. Akhirnya membawa kepada kewujudan buku "dalil anwar tidak boleh menjadi perdana menteri"

Dikhabarkan juga Anwar pernah mengendali kewangan muslim brotherhood di Amerika. wallahu a'lam!

Semasa ke Mekah pada 1998 gua terperanjat apabila seorang pak arab bertanya. "From Malaysia?" Gua jawab "yes!" Pak Arab itu meneruskan dengan berkata " mahathir no good, Anwar good.." Gua hanya anggukkan kepala.

"Do you know Aminah Hassan?" tambahnya lagi. Gua kata "yes"
"Aminah Hassan's daughter inlaw is my niece. She is the wife of Ayub" katanya lagi... Gua kenal aminah hassan cili sos tu la ... Aminah hasan yang mana satu dia maksudkan gua tak pasti... wakaka


Gua nak ingatkan bahawa Anwar Ibrahim tidak perlukan dana yahudi kerana golongan Islamis terkaya di dunia baerada di balakangnya. Sama ada Anwar menerima bantuan muslim brotherhood tidak dipastikan tetapi jika Anwar perlu bantuan kewangan mereka sedia membantu.

adios

No comments:

Post a Comment