Tuesday, April 30, 2013

Musa Hitam pulau ceramah Shahrir Samad? Adoi kesian dah la kehadiran tak sampai 100, org tua saja pulak tu

Johor bahru, 29 April — Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century di sini yang hadir semalam.

Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.


Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul.

Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin.


Shahrir ketika berucap di hadapan majoriti masyarakat cina yang berusia itu turut menjelaskan kemasukan Pakatan Rakyat (PR), terutamanya DAP di Johor akan mengubah budaya masyarakat berbilang kaum di negeri kubu kuat BN itu. TMI

Musa Hitam adlah satu-satunya pemimpin yang kental. Beliau rela menarik diri dari arena politik daripada menyertai kepimpinan umno semula. Tengku Razaleigh, Shahrir Samad dan Rais Yatim kembali kepada umno selepas Semangat 46 dibubarkan.


Video Pak Lebai pandu replika kereta kebal PAS yang berinjin


adios

No comments:

Post a Comment