Saturday, April 27, 2013

Miri bergelora kerana Anwar Ibrahim (video inside)

MIRI 27 APRIL: Lebih 10,000 penduduk Miri, Sarawak yang dahagakan perubahan sanggup berhujan bagi mengikuti ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

1 Mujur, penganjur sudah menjangka keadaan cuaca dan mengedar baju hujan biru muda kepada penyokong sebaik sahaja hujan sehingga kelihatan seperti tasik biru di tengah-tengah Bandar Miri.
Ketua KEADILAN Cabang Baram, Arison Ngau sendiri kagum dengan sokongan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan sepanjang penglibatannya dalam organisasi parti.

“Sokongan rakyat sangat baik. Mereka teruja mahu jumpa dan dengar ucapan Anwar. Sebab itu, mereka sanggup berhujan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ketua Kelab Penyokng PAS Miri, Dr Teo Kian Leong pula menyifatkan sokongan penduduk setempat kepada Pakatan merentasi sempadan kaum, agama dan budaya.

“Keadaan Miri sangat unik kerana toleransi di kalangan penyokong berbilang suku dan puak tapi menolak politik perkauman yang dibawa Umno BN,” katanya.

3Malah, beliau sendiri satu-satunya Setiausaha PAS Sarawak yang bukan beragama Islam.

Miri didiami populasi kaum rencam merangkumi Melayu, Cina, dan masyarakat peribumi yang mana pribumi terbahagi kepada beberapa puluh pecahan lain termasuk Iban, Kelabit, Kedayan dan sebagainya.


Namun, demi semangat kebangkitan, orang Iban dengan tatu dan subang di hidung, tidak kekok memakai baju hijau menyokong calon Islam atau lelaki Melayu berkopiah berbaju gambar calon Cina dari Pakatan. -keadilandaily

Gelora besar di Miri 


Hati bergelora, semangat membara untuk menumbangkan Barisan nasional. Ini kali lah!!!


video - ceramah Husam dan TGNA di Putrajaya 26.4.2013


100 ahli umno sambut TGNA di Putrajaya semalam 



adios

No comments:

Post a Comment