Tuesday, April 16, 2013

Manifesto penuh Pakatan Rakyat PRU13 2013



Manifesto Rakyat digubal berdasarkan empat tonggak utama – Rakyat Bersaudara, Ekonomi
Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Manifesto Rakyat menggariskan program dan dasar khusus yang akan dilaksanakan Pakatan
Rakyat di tampuk pemerintahan Putrajaya kelak. Manifesto Rakyat melakarkan masa depan
yang lebih cerah, penuh dengan harapan dan aspirasi rakyat. Manifesto Rakyat adalah
cernaan dan hasil rundingan dengan segenap lapisan masyarakat.

Kita yakin Malaysia berhak melakar masa depan yang lebih baik. Kita yakin rakyat Malaysia mampu pergi lebih jauh dari imaginasi sekarang. Kita yakin rakyat Malaysia wajib mendapat yang terbaik dari kerajaannya.

MENGHAYATI KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN, MENJAMIN HAK
KEBEBASAN BERAGAMA

Pakatan Rakyat menghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak
kebebasan beragama seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan mempunyai peranan besar ke arah mengekalkan
perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia pelbagai kaum, melalui semangat saling hormat
menghormati dan faham memahami. Masyarakat Malaysia yang berasaskan penghayatan Islam dan
amalan beragama bakal melahirkan rakyat yang berakhlak, berintegriti dan tekun berusaha.

Penerangan penuh manifesto Pakatan Rakyat ada di SINI


































Penerangan penuh manifesto Pakatan Rakyat ada di SINI


Adios

No comments:

Post a Comment