Friday, April 5, 2013

Khas untuk Penjawat awam.... baca jangan tak baca

Anda kakitangan Kerajaan Pusat? Kakitangan Kerajaan Negeri? Serba salah untuk memilih parti mana yang nak diundi? Takut? Ada unsur2 hasutan dan ugutan dari pihak2 tertentu? Jom kenal SIAPA KORANG dan APA HAK KORANG mengikut konteks Perlembagaan Malaysia..

Anda selalu kena kelentong dengan macai yang berkata makan gaji dengan kerajaan MESTI sokong BN?. Belajar di sekolah kerajaan, berubat di hospital kerajaan Mesti sokong BN?

Jangan termakan dakyah bengong macai yang tak habis belajar. Kalau dia habis belajar pun dia suka putar belit fakta... BACA seterusnya agar anda tahu hak anda.

APA ITU KERAJAAN

Kerajaan adalah badan yang berkuasa dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. Kerajaan dibentuk dari sistem Pilihanraya yang mewajibkan setiap rakyatnya mengundi dan memilih tampuk pemerintahan setiap maksimum 5 tahun.

SIAPAKAH KAKITANGAN KERAJAAN

Kakitangan Kerajaan terdiri dari Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama serta menyokong pelbagai ideologi politik yang mewakili parti UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, DAp dan parti parti lain diMalaysia.

APAKAH KERAJAAN ITU BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mana mana parti di Malaysia yang terlibat dalam pemerintahan BUKAN bermakna kerajaan tetapi hanya ENTITI POLITIK yang membentuk kerajaan.

UNDIAN DARI KAKITANGAN KERAJAAN PEMERINTAH

Sebagai rakyat malaysia, kakitangan kerajaan yg memerintah negara dan negeri negeri di Malaysia boleh mengundi mana mana parti pilihan mereka tanpa apa apa sekatan. Ini kerana gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh kerajaan yang mendapat hasil cukai dari rakyat, bukan duit simpanan sesebuah parti.

Artikel 10 menjamin hak rakyat Malaysia bersuara memilih tampuk pemerintahan sebagai pengundi. Adalah satu kesalahan jenayah jika mana mana parti x kira mewakili kerajaan atau pembangkang menghalang kakitangan kerajaan mengundi parti yang mereka pilih. Termaktub didalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.





OK? Dah jelas?
Korang nak undi siapa pun xde sapa leh halang!
Takda maknanya nak cakap korang x kenang budi!
UMNO-BN kene blaja
SIAPA HARUS KENANG BUDI SIAPA..

No comments:

Post a Comment