Thursday, April 4, 2013

Khairi bengang vivien lee bergambar tak senonoh bendera BN, laporan polis bakal dibuat

KUALA LUMPUR 4 April - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN.

Beliau menyatakan, laporan tersebut akan dilakukan esok namun tidak menyatakan waktu dan di balai polis mana laporan tersebut akan dibuat.

Khairy Jamaluddin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut menyifatkan tindakan Vivian Lee, 24, tersebut sebagai amat biadap.

"Satu tindakan yang amat biadap. Saya tidak terkejut jika beliau seorang penyokong pembangkang yang sengaja mahu sabotaj BN dalam PRU akan datang, kononnya menyamar sebagai penyokong BN yang tidak senonoh dan tidak beradab," katanya menerusi SMS hari ini.

Gambar Vivian yang tidak sopan itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Kebanyakan pembaca mengkritik tindakannya itu.

Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video aksi seks dengan teman lelakinya, Alvin Tan Jye Yee, 25, di dalam sebuah blog milik mereka, yang telah dinyahaktifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Oktober 2012.

adios

No comments:

Post a Comment