Monday, April 22, 2013

Kemelut selesai - DUN T'ganu kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti kepada PKR

KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.-harakahdaily

Big boss semua dah main peranan menyelesaikan masalah pertindihan kerusi ini. Jangan pula ada yang memandai nak jadi macam UMNO. Ingat kita dan UMNO bagai  langit dengan bumi. Kita mengejar kebahagiaan semua rakyat Malaysia dengan menawan Putrajaya. Bukan kejayaan individu. .

Penyokong pula perlu akur dengan kehendak parti. Penyelesaian terbaik telah dibuat. Tiada dakwa dakwi lagi. Undilah siapa sahaja calon Pakatan Rakyat.

Pemuja Karl Marx dicalonkan PKR punca pertindihan - TG Hj Hadi


Alhamdulillah 
Hidup Paktan Rakyat!!!

adios

No comments:

Post a Comment