Thursday, April 11, 2013

Kelebihan Husam Musa calon PAS Puterajaya

Datuk Paduka Husam merupakan Naib Prasiden Pas lahir pada 14 Oktober 1959 di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan.

Menuntut di Maktab Sultan Ismail (1976-1979). Bachelor of Economics (BEc), University of Malaya, Kuala Lumpur.(1980-1983) dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).

Husam Musa menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993). Kemudian Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999).Beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987).

Kemudian Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999) dan Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999). Antara jawatan parti PAS yang disandang ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.YDP PAS Kawasan Kubang Kerian.Sekarang menjawat Naib Presiden PAS (2005-09) dan (2011 - sekarang)

Beliau menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04) setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Beliau berpotensi menggantikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lalu Husam Musa bertanding di peringkat negeri Kelantan. Beliau menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08) selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi menjadi Adun Salor.

Dalam kerajaan PAS di Kelantan , Husam Musa ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim (2004 - 08).

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim.(2008 - sekarang ) dan Panel Penasihat PENGASIH.

Bacalah idea bernas dan keikhlasan beliau

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan agar wakil pembangkang ditempatkan dalam jawatankuasa perolehan dan tender sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Melalui cara itu, kerajaan akan dapat menambah satu lagi mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran.

"Pada pandangan peribadi saya sebagai calon kawasan Putrajaya, jawatankuasa tender seharusnya menyertakan wakil pembangkang untuk memastikan (amalan) lebih telus," katanya.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, beliau turut mencadangkan agar anggota jemaah menteri dan majlis kerajaan negeri negeri mengisytiharkan harta sebaik sahaja Pakatan mengambil alih pentadbiran untuk mengelak penyalahgunaan kuasa.
Undilah Husam Musa. Calon PAS bagi parlimen Putrajaya P.125

Kempen klik iklan
Ini adalah jumlah hasil klik iklan untuk lebuhraya rakyat kelantan di blog ini setakat 10.4.2013. Jumlah terkumpul sejak 9 bulan lalu. Gua belum claim. Cukup RM 500 baru nak claim terus hantar kepada lebuh raya rakyat Kelantan. Support usaha gua ini. Sama-sama kita membantu kewujudan Lebuhraya Rakyat Kelantan.

Blog ini dikunjungi lebih kurang 4000 pengunjung sehari. Jika 1000 orang klik iklan, bermakna blog ini menjana 20 sen x 1000 = RM 200 sehari. Sebenarnya mudah untuk membantu. Cuma perlukan satu minit masa anda. terima kasih.

adios

No comments:

Post a Comment