Sunday, April 7, 2013

Jawatankuasa khas tangani beban tugas guru - Berjayakah Muhyiddin Yasin?

Tugas Guru di Malaysia Sekarang Makin Teruk (SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM). Guru Makin Terbeban. Benarkah?

Kami menerima banyak rungutan demi rungutan daripada kalangan guru-guru di Malaysia yang merasakan terbeban dengan bebanan tugas yang dihadapi oleh mereka sekarang.

Ada juga kedengaran di mana kerajaan Malaysia ada memandang serius dengan dengan permasalahan yang melanda dikalangan guru Malaysia sekarang sehingga ada tertubuhnya jawatankuasa khas dengan tujuan “murni” bagi mengkaji bebanan tugas guru Malaysia. Malangnya…..

Malangnya sejak tertubuhnya jawatankuasa tersebut sejak tahun 2010 lagi sehingga sudahpun menginjak tke tahun 2013, masalah beban tugas guru dikatakan masih lagi belum berjaya diselesaikan.
Sumber : Utusan Malaysia



Sumber : Berita Harian


Malah, tidak selesai masalah beban tugas guru sebelum ini datang pula beban tugas yang lain pula apabila kalangan guru merasakan sejak akhir-akhir ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online.

Jikalau sebelum ini guru-guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod. Sekarang? Macam-macam. Itu aduan dan luahan kalangan guru di Malaysia

Aduan Guru : Senarai Tugas Guru Malaysia Sekarang?

Guru-guru perlu menghadap komputer berjam-jam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, ESPLG, e-Dat, E-Operasi, Hrmis, e-Perolehan, dan lain-lain lagi.

Memasukkan segala maklumat pelajar juga di bawah tanggungjawab guru-guru
Malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Guru-guru jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan.

Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, beban tugas guru semakin bertambah.

Kekurangan masa dan kelemahan sistem yang disediakan termasuklah masalah akses sistem PBS. Kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan.

Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560 data). Selepas dimasukkan dalam sistem, guru-guru terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya.

Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi ‘internal error.’
Guru-guru perlu melakukan kerja perkeranian, kerja pemfailan, pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi.

Di sekolah juga guru-guru berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke pagi.

Ada nak tambah lagi?

Sehinggakan kalangan guru merasakan dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya untuk guru-guru inimembuat persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif?

Bagi kami sendiri, seeloknya janganlah dibebankan guru-guru dengan tugas yang tiada kaitan dengan profesion perguruan. Yang mana tiada kaitan dengan guru-guru jangan ditugaskan kepada guru.
“Betulah kata orang jauh perjalanan luas pengetahuan dan pengalaman”

Kenalan-kenalan guru online dari negara-negara maju seperti Singapore, Korea Selatan, Jepun, Jerman dan juga USA sendiri “tabik hormat” dengan kalangan guru-guru Malaysia melihatkan beban tugas yang ditanggung mereka. Segala tugas diletakkan di atas bahu seorang insan yang menggalas profesion guru di Malaysia.

Bagi kami adalah lebih baik daripada menghadap sistem yang tidak sistematik dan membazir masa termasuklah melaksanakan sistem yang berulang-ulang seperti yang ada sekarang, adalah lebih baik berikan ruang masa untuk kalangan guru fokus meningkatkan cara pengajaran dan teknik pembelajaran bagi menghasilkan kalangan pelajar yang lebih berkualiti dan berdaya saing

Sebentar, sepengetahuan kami :

“Ia sepatutnya tidak dipanggil atau dikenali dengan sistem selagi ia masih tidak sistematik”
Tugas guru adalah mengajar dan mendidik anak-anak bangsa kita, bukannya banyak dihabiskan masa untuk menaip. Kerja-kerja menaip seeloknya diserahkan kepada kerani.

Ataupun, kerajaan perlu mengambil lebih ramai kakitangan sokongan termasuklah mengambil kalangan graduan berjumlah berpuluh ribu yang masih menganggur di luar sana menggalas tugas sebagai pembantu guru bukannya kerani. Sekadar cadangan daripada kami.

P/S : Hakikatnya, kami lebih gemar jika guru yang diambil utnuk mendidik anak bangsa kita adalah dinilai berdasarkan kebolehan mengajar,kreativiti, keinginan semula jadi ingin mengajar bukanlah meletakkan profesion guru sebagai pilihan kedua selepas masih tidak mendapat kerja melalui jurusan yang diambil. Apa respon balas anda pula?

Artikel di atas adalah hak milik Berita Semasa 100%

Apa yang menarik minat gua tentang artikel ini ialah dua sisipan kahbar yang disiarkan iaitu masing-masing satu dari utusan dan berita harian. Apa hasil kajian jawatankuasa itu? Adakah hasil yang mereka peroleh menyatakan bahawa tugas guru Malaysia masih belum maksima sehingga mereka terpaksa menambah kerja guru-guru dengan PBS yang menjadi rungutan para guru sekarang ini?

Gua rasa PBS belum cukup untuk membunuh guru-guru kita. Mengganggu tidur malam mereka dan merampas hari cuti mereka. Eloklah tambah lagi kerja-kerja seperti menjadi jaga sekolah pada masa cuti. Menjadi drebar kepada  menteri pelajaran secara bergilir-gilir setiap hari. Guru-guru wanita boleh dipergunakan untuk menjadi  tukang masak kepada para menteri yang memerlukan.

Dengan segala itu berlaku barulah boleh para guru dianggap profesional kerana kerja mereka boleh diukur. Tahukah anda bahawa profession perguruan di Malaysia tidak diktiraf sebagai profesional walaupun guru-guru berijazah dikategorikan di bawah perjawatan "Pengurusan dan Profesional"

Mereka memberi alasan bahawa bidang perguruan tiada mekanisma yang tepat bagi menguklur sesuatu kejayaan tidak seperti kedoktoran, engineer, dan akauntan. Kerana itulah guru-guru yang memiliki Ijazah bukan perguruan seperti kejurutereaan, akaun, ekonomi dan lain-lain selalu mendapat gaji lebih tinggi daripada mereka yang semengnya belajar 100% jurusan perguruan.

Mereka yang memiliki ijazah bukan perguruan tersebut adalah mereka yang hanya memohon jawatan guru setelah gagal bersaing dalam bidang asal mereka. Apabila diterima mereka akan dihantar mengikuti kursus singkat yang bergeler diploma perguruan. (kalau tak silap gua 6 bulan sahaja)

Punya bijak kementerian pendidikan.... orang yang belajar 3 tahun untuk dapat ijazah pendidikan bergaji lebih rendah daripada orang yang belajar ilmu pendidikan selama enam bulan. Inilah namanya bodoh tak boleh diajar pandai tak boleh diikut

Betulkan gua jika gua salah.
adios


No comments:

Post a Comment