Saturday, January 4, 2014

Inilah Surat ROS kepada DAP -- Pakatan Rakyat makin utuh dengan kehadirannya




Apakah wujud motif politik disebalik semua ini... Menurut Anthony Loke, ROS akan memberi penyelesaian pada 7 Mei, tiba-tiba dipercepatkan surat pembatalan ini kepada Lim Guan Eng dan siap di SK kepada SPR.... Hasilnya pihak DAP terpaksa bermesyuarat malam ini dan mengambil keputusan untuk tunggu sehingga 3 petang esok kepastian dari ROS...

Sekiranya tidak, DAP akan bertanding menggunakan logo PAS disemenanjung dan PKR di Sabah dan sarawak...... Admin dimaklumkan pihak PAS dan PKR telah bertungkus lumus menyiapkan semua dokumen agar calon-calon DAP dapat bertanding... sesetengah pihak melihat ini usaha terdesak untuk mengekang kemaraan DAP yang disokong sehingg 90% pengundi cina sekarang ini...

Namun kes ini membuktikan kepada rakyat betapa utuhnya ikatan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.... walau macamana ditekan kita bersatu untuk lawan UMNO BN hingga tumbang dan PR melangkah menerjaui negara.....

Karpal, Kit Siang tanding atas tiket Pas ...!!



Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihatnya, Lim Kit Siang akan bertanding atas tiket Pas berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.

Kesal dengan keputusan itu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pengumuman mengenai keputusan itu hanya dibuat 48 jam sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

"Selepas ini tidak ada sesiapa lagi boleh mendakwa sama ada Pas ataupun PKR dipergunakan oleh DAP lagi kerana DAP akan masuk Pas.

"Saudara boleh panggil saya ustazah selepas ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuan Calon dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat (PR), di sini, sebentar tadi.

Semalam, RoS memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.

Dalam perkembangan berkaitan, Kok menambah, berikutan keputusan itu, beberapa pimpinanan DAP tidak dapat hadir pada malam ini kerana masih bermesyuarat dengan dengan pihak peguam untuk membincangkan mengenai langkah undang-undang yang boleh diambil.

Menurut beliau, DAP telah mengadakan mesyuarat khas bersama CEC parti itu untuk menentukan keputusan seterusnya berhubung isu ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Selangor juga menambah, implikasi daripada keputusan ini, DAP tidak mempunyai pilihan lain daripada tetap terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas tiket Pas.

"DAP tidak ada pilihan lagi kerana sudah tidak boleh bertanding atas tiket roket.

"Namun, di pihak DAP kami tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada Pas dan PKR kerana sentiasa memberikan sokongan," katanya lagi

Adios

No comments:

Post a Comment