Thursday, April 25, 2013

Hello, Cikgu sekelian! Mai tengok apa minah ni kata kat korang



"Disiplin pelajar adalah bayangan didikan pendidik (ibu bapa dan guru). Jika pelajar dilabel bermasalah, sebenarnya pendidik itu yang bermasalah.."


Artikel tersebut telah menjadi satu sensasi panas dalam kalangan guru-guru dan juga page-page Facebook yang berkaitan dengan guru, serta dah tentu lah mendatangkan kemarahan guru-guru lain juga.

Ramai kalangan guru yang menempelak kenyataan "pakar" tersebut kerana tak menampakkan langsung ciri-ciri beliau sebagai pakar motivasi yang sepatutnya lebih berhemah dalam ketika memberi teguran dan nasihat kepada pihak lain.

Apatah lagi kenyataan beliau juga dilihat sebagai menuding jari bulat-bulat semua kesalahan pelajar kepada pihak pendidik (ibu bapa dan guru)!

Ada juga rakan guru yang memberikan "kata-kata motivasi" kepada pakar motivasi kita dengan jauh lebih berhemah. Paling menarik, bila ada juga yang berkongsi pengalaman "manis" bersama dengan Pakar Motivasi tersebut ketika sesi ceramah di sekolah masing-masing. Hasilnya? hmm.. 1 jari tunjuk kat orang, terlupa ada lagi 4 jari tunjuk kat diri sendiri...

FB Pakar Motivasi tersebut juga menjadi sasaran ramai guru-guru yang menyatakan rasa takpuashati mereka terhadap statement yang dikeluarkan. Samada disensasikan oleh akhbar atau memang kenyataan tersebut tulus murni dari tuan empunya diri, sememangnya statement lepas tangan sebegitu amatlah sangat tidak wajar.

Setiap daripada kita ada fungsi dan peranan yang perlu digalas dengan penuh rasa tanggungjawab masing-masing. Janganlah semudahnya kita menyalahkan pihak lain dalam ketika menyelesaikan sesuatu permasalahan. Masalah tidak akan selesai dengan sikap sedemikian, sebaliknya lebih baik jika kita bergandingan bagi menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama. Barulah mantopp!!

Apatah lagi di saat guru-guru dibebani oleh bebanan kerja terlampau yang tidak berkesudahan, yang sememangnya isu yang tidak akan dapat difahami oleh pihak-pihak lain, kecuali jika anda seorang guru!
sumber di sini

wakaka .. Gua memang tak setuju dengan minah ni. cakap ikut sedap mulut. Kesian para guru!!

Tetapi yang lebih malang ialah guru besar atau ketua jabatan korang panggil dia untuk beri ceramah. Berapa bayaran dia untuk satu sesi ceramah. Bijak punya pentadbir panggil orang ceramah dan bayar lepas tu orang tu balon korang balik.. Sadis!!!

Tapi tak apa bro and sis. Ada berita baik untuk para guru sekelian




Kalau Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia, kita akan ubah cara pertukaran guru-guru. Kita akan
lakukan yang mesra suami isteri. - Dato' Husam Musa.

Sebar-sebarkan berita gembira ini buat para guru di Malaysia.  Pastikan BN kalah kali ini.

adios

No comments:

Post a Comment