Tuesday, April 16, 2013

Empat presiden parti komponen BN sudah tewas sebelum berjuang

KUALA LUMPUR: Empat presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) sah tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Tiga daripadanya iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)Datuk Seri Peter Chin Fah Kui masing-masing terlebih dahulu menyatakan pendirian tidak bertanding bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Terkini, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas juga tidak akan bertanding berdasarkan senarai calon PRU13 parti itu yang diumum pada Isnin. Pada pilihan raya umum kali ini, PPP akan bertanding di satu kerusi Parlimen iaitu di Kepong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

Kayveas yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, kerusi Parlimen Kepong akan ditandingi Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan, Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai (DUN Kota Laksamana), Bendahari PPP Perak Kerk Guan Chuan (DUN Pasir Bedamar) dan Naib Presiden PPP Datuk Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff di DUN Manik Urai.

DUN Kota Alam Shah akan ditandingi sama ada Datuk Maglin Dennis D'Cruz atau seorang lagi calon yang sudah dikenal pasti.

Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen. - BERNAMA


Diorang ni memang bijak. Lebih baik berundur secara bermaruah daripada kalah dalam pilihanraya yang terang-terang berisiko kepada sesaipa sahaja yang bertanding. Kebangkitan secara besar-besaran tidak boleh dinafikan dengan kata-kata kerana bukti sahih dan nyata apabila sambutan luar biasa terhadap program Pakatan Rakyat di mana sahaja walau di negeri fix deposit UMNO iaitu Johor sekali pun.


Berikut adalah senarai calon MCA yang bertanding dalam PRU13

CALON-CALON MCA BAGI KERUSI PARLIMEN:

KEDAH:
1. P009 Alor Setar: Datuk Seri Chor Chee Heung,58, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Naib Presiden MCA.
2. P017 Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie,51, Penasihat Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Naib Pengerusi Wanita MCA Pusat.

P.PINANG:
3. P043 Bagan: David Chua Teik Siang,50, Ketua Pemuda MCA bahagian Bagan.
4. P045 Bukit Mertajam: Gui Guat Lye, 51, Peniaga, Naib Pengerusi MCA bahagian Bukit Mertajam.
5. P051 Bukit Gelugor: Teh Beng Yeam, 45, Penguambela, Penolong Setaiusaha MCA Bahagian Tanjong.
6. P051 Bayan Baru: Tan Heap Seng, 56, Jurutera Awam, Pengerusi MCA bahagian Bukit Bendera.

PERAK:

7. P064 Ipoh Timur: Cik Kat Wong Mei Yin, 37, Penganalisa Politik, Timbalan Pengerusi Wanita MCA bahagian Ipoh Timur.
8. P065 Ipoh Barat: Dr Cheng Wei Yee, 39, Doktor Poliklinik Famili, AJK Pemuda MCA Ipoh Barat.
9. P066 Batu Gajah: Loo Thin Tuck, 38, Akauntan, Pengerusi MCA cawangan Taman Pertama.
10. P070 Kampar: Datuk Lee Chee Leong, 56, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Pengerusi MCA Bahagian
Kampar.
11. P071 Gopeng: Datuk Tan Chin Meng,53, Penyelaras Parlimen,Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Barat & AJK Pusat MCA.
12. P074 Lumut: Datuk Seri Kong Cho Ha, 63, Menteri Pengangkutan, Pengerusi MCA Bahagian Lumut.
13. P077 Tanjong Malim: Datuk Seri Ong Ka Chuan, 59, Ahli Parlimen Tanjong Malim, Pengerusi MCA Bahagian Tapah.

PAHANG:
14. P080 Raub: Datuk Hoh Khai Mun, 58, Ahli Exco Negeri Pahang, Pengerusi MCA Bahagian Bentong.
15. P089 Bentong: Datuk Seri Liow Tiong Lai,52, Menteri Kesihatan, Timbalan Presiden MCA.
SELANGOR:
16. P097 Selayang: Datuk Ir Donald Lim Siang Chai, 58, Timbalan Menteri Kewangan, Naib Presiden MCA.
17. P100 Pandan: Garry Lim Chin Yee, 39, Penguambela, Penasihat undang-undang MCA Pandan.
18. P102 Serdang: Datuk Yap Pian Hon, 70, Penyelaras Parlimen, Ketua Biro Penerangan MCA Negeri Selangor (2010-Kini).
19. P104 Kelana Jaya: Loh Seng Kok, 51,Pengarah Eksekutif, Timbalan Ketua Biro Penerangan MCA Pusat.
20. P105 PJ Selatan: Seah Kok Fah,49, Peguam, Ketua Pemuda MCA Bahagian PJ Selatan.
21. P106 PJ Utara: Cik Chew Hoong Ling, 33,Perunding Kanan, Ahli MCA
22. P110 Klang: Datuk Teh Kim Poo, 62, Pengarah Urusan Syarikat, Pengerusi MCA Bahagian Klang.

WP:
23. P120 Bukit Bintang: Frankie Gan Joon Zin, 47, Pengarah Syarikat, Timbalan Setiausaha Organisasi MCA Bahagian Bukit Bintang.
24. P122 Seputeh: Puan Nicole Wong Siaw Ting, 33, Peniaga, Timbalan Ketua Beliawanis Wanita MCA Nasional.
25. P123 Cheras: Teoh Chee Hooi, 42, Pensyarah Kanan, Naib Pengerusi MCA Bahagian Cheras.
26. P124 Bdr Tun Razak: Tan Kok Eng, 33, Pengarah Syarikat, Ketua Pemuda MCA Bahagian Bandar Tun Razak.

N. SEMBILAN:
27. P128 Seremban: Datuk Dr Yeow Chai Thiam, 59, Pengerusi J/K Perhubungan MCA Negeri Sembilan.
28. P130 Rasah: Teo Eng Kian, 35, Timbalan Pengarah Pengurusan Pusat Hemodialisis Mawar, Timbalan Setiausaha Pengelola MCA Bahagian Rasah.
MELAKA:
29. P135 Alor Gajah: Datuk Koh Nai Kwong, 52, Peguam, Pengerusi MCA Bahagian Bukit Katil.
30. P138 Kota Melaka: Dr Yee Kok Wah, 35,Doktor, Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Kota Melaka.

JOHOR:
31. P142 Labis: Datuk Chua Tee Yong, 36, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, AJK Pusat MCA.
32. P145 Bakri: Chris Lee Ching Yong, 37, Peguam, Ketua Pemuda MCA Bahagian Bakri.
33. P148 Ayer Hitam: Datuk Wee Ka Siong, 45, Timbalan Menteri Pelajaran, Ketua Pemuda MCA Pusat.
34. P152 Kluang: Datuk Dr Hou Kok Chung, 50, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Timbalan Setiausaha Agung Pusat MCA.
35. P158 Tebrau: Khoo Soo Seang, 68, Ahli Dewan Negara, Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Tebrau.
36. P163 Kulai: Tay Chin Hein, 45, Pengarah Urusan Syarikat, Timbalan Pengerusi MCA Kulai.
37. P165 Tanjong Piai: Puan Wong You Fong, 42, Peguam, Timbalan Wanita MCA Negeri Johor.

adios

No comments:

Post a Comment