Tuesday, April 2, 2013

Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman mengaku sumbang wang kepada Kiram kini ditahan di bawah SOSMA

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 Sept tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas.- bernama

Ada banyak Kiram. mana Kiram yang layak bergelar sultan. Selain Kiram yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman; Sultan Bantilan II juga adalah sultan Sulu yang diiktiraf rakyat Sulu sendiri. Ada berapa Sulu? Ada berapa Sultan?

Menurut saudara Asri Sug seorang anak jati sulu yang menulis buku Kesultanan Sulu, hanya Sultan Bantilan II yang diiktiraf sebagai Sultan Sulu sekarang. Sultan yang ada kerajaan dan ada rakyat. Berbanding sultan Sulu yang miliki akhiran nama sebagai Kiram yang mengaku sultan tetapi tanpa negara dan tanpa rakyat.

Berita terkini.

Polis: Muhammad Ridhwan ditahan di bawah Sosma

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, Muhammad Ridhwan ditahan untuk siasatan lanjut setelah polis mengambil keterangannya.

"Kami tahan dia di bawah Sosma dan dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor," katanya kepada Bernama di sini.

Muhammad Ridhwan, yang berbaju Melayu merah dan berserban hitam, dilihat hadir bersama kenalan dan peguamnya di balai polis itu pada 11.05 pagi untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Lelaki berusia awal 50-an itu menyerah diri selepas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam menamakannya sebagai orang yang dicari untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan Operasi Daulat.

Hamza berkata, Muhammad Ridhwan yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, diminta menyerahkan diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Dengan penahanan itu, jumlah mereka yang ditahan di bawah Sosma bagi membantu siasatan kes pencerobohan Sabah, kini ialah 122 orang.- Bernama

adios


No comments:

Post a Comment