Wednesday, April 10, 2013

Cikgu bakal tawan Sungai Aceh

CheguBard diumum bertanding DUN Sungai Acheh Pulau Pinang. Cikgu Bard diyakini akan memeri kemenangan kepada PR berikutan sokongan yang semakin meningkat tergadap PR ketika ini.

Kemenangan BN di Sungai Aceh pada pru lalu hanya dengan kelebihan 250 undi yang mana sangat tipis. Jika diambilkira seokongan kepada PR sekarang jumlah itu adalah terlalu kecil untuk dihapuskan. Bravo Cikgu Bard!!!

PULAU PINANG 10 APRIL: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrul bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh pada PRU 13.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman melalui emel pada jam 10.38 malam tadi.

chegubard3“Sukacita saya mengumumkan KEADILAN meletakkan Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali CheguBard sebagai calon kerusi Sungai Acheh.

“Parti berharap pemilihan beliau ini akan membawa perubahan kepada DUN Sungai Acheh, seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Sungai Acheh, satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Nibong Tebal yang dimenangi BN melalui Datuk Mahmud Zakaria yang mengalahkan calon KEADILAN, Dr Azhar Ahmad dengan majoriti tipis iaitu 250 undi.

adios

No comments:

Post a Comment