Saturday, April 13, 2013

Chua Soi Lek sah tak bertanding PRU13.... semua Lim Kit Siang punya pasal

KUALA LUMPUR, 11 April — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengesahkan hari ini beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya 5 Mei, mengatakan keputusan itu untuk “membuktikan” beliau komited bekerja untuk parti dan tidak tamak kuasa.

Presiden MCA itu mengatakan dalam satu kenyataan hari ini adalah “mementingkan diri sendiri” jika beliau menawarkan dirinya sebagai calon selepas menggesa ahli MCA mementingkan parti berbanding kepentingan peribadi.

“Saya ingin membuktikan saya berjuang untuk sesuatu, iaitu MCA terus relevan dan terus memimpin parti tanpa bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

Dr Chua ahli politik veteran dan bekas menteri, mengatakan keputusannya untuk tidak bertanding menjadikan dirinya presiden sepenuh masa pertama MCA.

“Saya berhasrat untuk meneruskan peranan itu dalam pilihan raya umum, dimana saya boleh berkempen sepenuh masa untuk calon Barisan Nasional (BN), terutamanya MCA,” katanya.

Presiden parti yang lantang itu baru-baru ini dicabar untuk bertanding dengan ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah akan tetapi sumber mengatakan beliau enggan untuk bertanding dalam pertempuran paling panas di negeri Umno Johor.

The Malaysian Insider difahamkan, MCA mencadangkan Datuk Abdul Ghani Othman, menteri besar kerajaan sementara untuk melawan penasihat DAP itu tetapi kemarahan pengundi Melayu dan pengundi Cina yang kuat menyokong pembangkang mungkin akan mengagalkan rancangan itu.

Dr Chua mengingatkan hari ini beliau menjadi presiden parti pada ketika MCA mengalami krisis dalaman yang berpanjangan selama dua tahun sejak 2008.

Beliau berkata tujuan pada masa itu adalah semata-mata untuk mencipta dan mencergaskan semula parti dengan tujuan untuk membimbing pemimpin baru untuk mengambil alih.

"Selepas menumpukan sepenuh masa untuk memperbetulkan parti, ia kini lebih fokus, ahli-ahli bersatu dan didorong dengan keyakinan yang lebih baik dan semangat juang untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya. TMI melalui yahoo

Sebab takotttt lawan Lim Kit Siang ke?
wakaka

Pertandingan tiga penjuru di Wangsa Maju, PR vs UMNO vs MCA 

adios

No comments:

Post a Comment