Saturday, April 13, 2013

BN rancang 66,000 ceramah untuk terangkan manifestiruto

KUALA LUMPUR, 13 April — Sebanyak 66,600 ceramah akan diadakan di setiap 222 kerusi Parlimen seluruh negara, kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berkata aspek utama yang akan diterangkan dalam setiap ceramah tersebut adalah manifesto BN yang baru-baru ini dibentangkan pada hujung minggu lalu oleh Datuk Seri Najib Razak.

“Perkara utama yang akan ditekankan dalam setiap ceramah yang akan diadakan adalah tentang manifesto yang baru-baru ini dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

“Sebanyak 17 perkara dalam manifesto BN akan diterangkan dalam setiap program ceramah yang dirancang,” kata Ahmad lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra disini selepas mempengerusikan mesyuarat dengan ketua penerangan parti komponen.
Sebanyak 20 ceramah disasarkan akan diadakan sepanjang 15 hari berkempen di semua kawasan parlimen, 10 untuk sesi siang dan 10 lagi untuk sesi malam.

Ahmad juga berkata seramai 20 penceramah telah dikenalpasti dan dilatih dengan memberikan mereka penerangan tentang manifesto BN bertujuan memudahkan mereka semasa menyampaikan kepada rakyat dikawasan parlimen tersebut.

“Setiap kawasan parlimen, seramai 20 penceramah yang telah dikenalpasti dan terlatih telah ditempatkan,” tambahnya lagi.
Walau bagaimanapun, sesi ceramah tersebut yang dirancang itu hanya jumlah kasar dan tidak menolak kawasan-kawasan yang sengit persaingannya mungkin terpaksa menambah jumlah ceramah daripada 20 kepada 40 ceramah dalam satu hari.

“Kalau kawasan yang dikenalpasti putih, mungkin 20 sudah cukup. Tapi kalau kawasan yang sengit pertandingannya, mungkin bahagian ataupun cawangan tersebut perlu tambah kepada 40,” terang Ahmad lagi.

Di samping itu, tiada sekatan kepada badan-badan bukan kerajaan yang menyokong BN untuk turut sama memberi ceramah malahan Ahmad mengalu-alukan mereka berceramah bagi pihak sebelah kerajaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

Seramai 13,268,002 layak mengundi dalam PRU13 kali ini.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada pilihan raya kali ini yang dianggap sebagai paling sengit dalam sejarah negara. TMI

Kita tengok berapa ramai orang datang mendengar ceramah BN





Adios

No comments:

Post a Comment