Thursday, April 25, 2013

Anwar Ibrahim bersara jika PR kalah kali ini

Malaysia diramal akan terus dalam keadaan derita dan sengsara sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa selepas 6 Mei nanti.

Tetapi paling merugikan adalah ikon umat Islam di Asia Tenggara dan dunia ini tidak akan berkhidmat di negara sendiri, sebaliknya akan berkelana merantau gara-gara kebodohan sesetengah bangsanya sendiri yang terus taksub dengan penipuan dan rasuah yang diberikan Umno dan BN.

Dalam satu sidang media kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Anwar Ibrahim berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Ketua umum KEADILAN itu sekali lagi mengulangi bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam pilihanraya umum kali ini.

Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Anwar berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Tambahnya, beliau juga mungkin akan menerima tawaran untuk mengajar di insititusi pengajian tinggi Eropah kerana beliau minat mengajar.

Ini merupakan kali kedua Anwar mengumumkan perkara itu sejak tahun lalu.

Anwar, kini 65 tahun, menjadi ikon pembangkang sejak tahun 1998 apabila dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas tuduhan liwat dan rasuah.

Walaupun ada yang menganggap zaman kegemilangannya sudah berlalu, apakah rakyat Malaysia masih mahu menerima Muhyiddin Yassin yang akan menggantikan Najib Razak padahal muda cuma setahun daripada Anwar tetapi nafsu politiknya mengalahkan Taib Mahmud?

Saya tidak peduli apa orang lain kata tetapi apa sahaja keputusan Anwar untuk bersara dari politik sesungguhnya satu malapetaka buat Malaysia kerana akan terus tercicir dari persaingan ekonomi antarabangsa disebabkan hutang luar kini sudah pun RM502 bilion.

Kini terpulang kepada rakyat Malaysia khususnya orang Me-LAYU sama ada terus selesa dengan beban kos kehidupan seharian sekarang atau berubah kepada kehidupan yang lebih baik dan terjamin masa depan untuk generasi akan datang.

Jika orang Me-LAYU terus dengan ketakutan yang dicipta syaitan Umno, jangan fikir ia hanya berlaku kepada anda tetapi kesannya akan dirasai seluruh negara dan kesempatan untuk membetulkannya sudah dianggap tiada lagi.

No comments:

Post a Comment