Thursday, April 25, 2013

Anwar gempur Johor dan Guan Eng gempur Selangor - masing-masing ada power tersendiri

Dianggarkan sepuluh ribu penyokong PR berkumpul di Pandan Perdana bagi mendengar ceramah PR bersama Lim Guan Eng dan Rafizi. Hujan renyai-renyai tidak memberi masalah kepada hadirin yang hadir. Mereka tetap tabah menunggu kehadiran Lim Guan Eng yang terpaksa menaiki motosikal ke tempat ceramah berikutan keadaan jalanraya yang begitu sesak.

Selepas di Pandan , Lim Guan Eng bergegas ke Rasa, Kuala Kubu Bharu, Selangor untuk memenuhi jadual kempen beliau malam tadi. Beliau tiba di sana pada jam 11.50 dan berucap sehingga jam 12.25. Selepas itu beliau melayani penyokong PR di sana untuk bergamab dengannya sehingga jam 1.10 pagi.

Pada sebelah petangnya Lim Guan Eng bersama Khalid Ibrahim mengunjungi penyokong di Pandamaran, Selangor. Panas matahari jam 3.00 petang tidak menghalang ribuan warga Pandamaran hadir menyambut mereka berdua.

Pendekar kita DS Anwar Ibrahim pula tak perlu diterangkan banyak-banyak. Seperti biasa, kehadirannya menggamit puluhan ribu penyokong di Johor. Diberitakan 30,000 orang membanjiri Kampung Abdullah di Batu Pahat. Ini kali lah!!!

Ceramah PR Lim Guan Eng dan Rafizi di Pandan, Kuala Lumpur

Guan Eng bantu Rafizi tawan Pandan
Ceramah PR bersama Lim Guan Eng dan Rafizi di Pandan, Kuala Lumpur

Guan Eng di Rasa, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Menyambut Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng di Pandamaran

Teriakan semangat untuk Lim Guan Eng


Sambutan luarbiasa lebih 30 ribu rakyat Johor di ceramah kempen PRU13 di Kg. Abdullah, Batu Pahat.

Ceramah PR di Kampung Abdullah, Segamat Johor

PR Bukit Botak bersama DS Anwar Ibrahim

Ceramah PR di Sibu, Sarawak

TJ Mart Kulaijaya

Dan tidak lupa juga disenaraikan satu gambar ceramah BN yang mendapat sambutan sekitar 20-30 orang sahaja. Itu pun untuk makan free di sebuah food court.... wakaka

Donald Lim
Gua bukan binci sama lu tapi gua binci lu punya baju... wakaka

AJK surau precint 11 dipecat kerana benar Husam beri takzirah


Adios

No comments:

Post a Comment