Tuesday, April 30, 2013

Pakistan,Bangladesh, Indonesia dan Filipino undi pos di bawah kategori polis/tentera - Anwar Ibrahim

Anwar menimbulkan beberapa persoalan baru tentang pilihanraya umum 13. Anwar Ibrahim mempersoalkan 28000 pengundi yang dimasukkan dibawah kod bangsa Pakistan,Bangladesh, Indonesia dan Filipina dan kewujudan 42 undi pos di bawah kod bangsa Pakistan,Bangladesh, Indonesia dan Filipina.

Selain itu Anwar Ibrahim turut menuntut penjelasan SPR tentang kotak undi yang sepatutnya dihantar ke Putrajaya yang telah disekat di persimpangan jalan dan dialih ke tempat khas. Dalam video ini Anwar menunjukkan beberapa bukti bergambar bagi menyokong tuntutannya itu.

Tonton dan dengar tuntutan Anwar Ibrahim


Jika diambil kesimpulan mudah 28042 orang bukanlah banyak sangat. Jumlah itu tidak mungkin mampu mengalahkan kebangkitan rakyat malaysia hari ini. Tetapi yang dikhuatirkan adalah bentuk-bentuk penipuan lain yang didedahkan sebelum ini.

adios

No comments:

Post a Comment