Saturday, April 13, 2013

Husam Bakal benam Mahathir di Putrajaya....

Nampaknya impian seluruh negara untuk melihat pertembungan gergasi antara Husam-Adnan pada 5 Mei ini tidak menjadi kenyataan.

Semuanya gara-gara laporan terbaru memberitahu bahawa BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad berminat untuk bertanding kerusi parlimen Putrajaya menggantikan BEKAS penyandang, Adnan Mansor yang memilih untuk berundur.

Mahathir menyatakan hasratnya setelah mengetahui bekas Exco Kerajaan Kelantan, Husam Musa sah akan bertanding di kerusi tersebut semalam.

Niat Mahathir dipercayai disampaikan beberapa pembantunya kepada BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya semalam.

Mahathir yang merupakan BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu hingga pilihanraya umum pada 2003 dikhabarkan tercabar dengan kesediaan Husam merampas kerusi berharga itu dari tangan Barisan Nasional (BN).

Misi untuk mempertahankan Putrajaya dilihat sukar sekiranya Adnan masih dikekalkan kerana skandal VK Lingam dan kaitannya dengan pusat perjudian terbesar Asia Tenggara, Genting.

Ini sekaligus memperlihatkan Mahathir juga terdesak mempertahankan Putrajaya setelah satu lagi kerusi parlimen yang dimenangi BN, Setiawangsa kini dianggap tidak selamat setelah dikatakan BEKAS penyandangnya, Zulhasnan Rafique digugurkan dari senarai calon.

Dalam perkembangan sama, BEKAS ahli parlimen Gua Musang, Razaleigh Hamzah dikatakan akan dicalonkan semula mempertahankan kerusi tersebut walaupun beberapa perkembangan terbaru menunjukkan hampir kesemua ahli jawatankuasa Umno bahagian mahu Razaleigh berundur.

Kedudukan Gua Musang dianggap penting oleh Najib Altantuya bagi memastikan sasaran 112 kerusi minimum untuk membentuk kerajaan persekutuan tercapai.

Sementara itu, ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan sudah sah tidak akan mempertahankan kerusinya dan nama yang akan menggantikannya dipercayai bekas ADUN Tronoh, V Sivakumar.

Berlaku pula pertindihan mengenai calon mana yang akan mewakili KEADILAN di Sabah ekoran tujuh daripada calon asal sudah membuat keputusan akan meneruskan hasrat mereka bertanding.

Nama calon dan kawasan parlimen yang bertindih adalah:

P 167 - Kudat - Musalim Tanjul atau Chong Kah Kiat (KEADILAN)
P 168 - Kota Marudu - Anthony Mandiau atau Maijol Mahap (KEADILAN)
P 169 - Kota Belud - Saidil Simoi atau Munirah Majilis (KEADILAN)
P 170 - Tuaran - Ansari Abdullah atau Wilfred Bumburing (KEADILAN)
P 171 - Sepanggar - Dr Chong Eng Leong (KEADILAN)
P 173 - Putatan - Mazhry Nasir atau Yahya Lampong (KEADILAN)
P 190 - Tawau - Chan Foong Hin (DAP) atau Kong Hong Ming (KEADILAN)

Pertindihan ini berlaku dipercayai kerana pelobi calon dikatakan tidak bersetuju dengan senarai asal yang dikemukakan hingga majlis pengumuman calon KEADILAN negeri Sabah yang dijadualkan pada 12 April ini di Sandakan terpaksa ditangguhkan.

Ini disahkan ketua cabang KEADILAN Tenom, Halik Zaman sebentar tadi melalui kiriman di Facebook.- Jalan Pulang

Kita tengok apa nasib Mahathir. Adakah penjawat awam yang mendominasi penduduk dan pengundi Putrajaya akan mengundi Mahathir sebagai sokongan kepada BN atau memberi undi kepada Husam kerana tidak percaya kepada BN. 

Menurut saudara kandung gua di JPM, siapa pun tanding atas tiket BN di Putrajaya baka tersungkur kerana PA sudah meluat dengan BN.

5 Mei tarikh pru13. 13 Mei tarikh huru hara 1969.  ingat tarikh ini.

Ini adalah jumlah hasil klik iklan untuk lebuhraya rakyat kelantan di blog ini setakat 10.4.2013. Jumlah terkumpul sejak 9 bulan lalu. Gua belum claim. Cukup RM 500 baru nak claim terus hantar kepada lebuh raya rakyat Kelantan. Support usaha gua ini. Sama-sama kita membantu kewujudan Lebuhraya Rakyat Kelantan.

Blog ini dikunjungi lebih kurang 4000 pengunjung sehari. Jika 1000 orang klik iklan, bermakna blog ini menjana 20 sen x 1000 = RM 200 sehari. Sebenarnya mudah untuk membantu. Cuma perlukan satu minit masa anda. Terima kasih.

adios

No comments:

Post a Comment