Saturday, March 2, 2013

Video ini petanda kiamat untuk penceroboh Lahad Datu + latest update 1.3.2013


Video ini telah terlewat siar. Ia sepatutnya disiarkan pagi tadi 1.3.2013

Rakaman video di atas disyaki dirakam petang semalam di lahad Datu. Dan disiar di facebook pada jam1.00 pagi tadi melalui telefon bimbit oleh seseorang yang merakamnya dari sebuah kereta berwarna biru dalam video tersebut. Berpuluh-puluh jeep membawa senjata berat sedang bergerak ke lokasi pencerobohan.

Berikut adalah berita hari ini

Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh dari Filipina itu berlaku di Kampung Tandou, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, dimana 10 orang dari kumpulan bersenjata telah pun menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia, lapor portal berita ABS-CBN News.

Dua anggota komando polis Malaysia turut dilaporkan terbunuh selepas diserang menggunakan mortar. Pemilik rumah yang dirampas turut dilaporkan telah dibunuh menurut Mohammad Zamri, menjadikan jumlah kematian setakat ini 13 orang.

upadate jam 7.50 p.m 1.1.2013
Arwah Insp Zulkifli Mamat dan Arwah Sarjan Sabaruddin, diberitakan terkorban..

Empat penceroboh dan empat anggota polis turut dilaporkan cedera.

Dua penceroboh dilaporkan melarikan diri ke kawasan laut, menurut laporan ABN-CBN.

Sementara itu Del Rosario meminta agar kumpulan penceroboh tersebut diberikan akses supaya kerajaan Filipina dapat membekalkan rawatan perubatan, kata Hernandez.

Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.

Selanjutnya

Al Fatihah buat inspektor Zulkifli bin Mamat, komando polis yang terbunuh di Lahat Datu. Tidak dinyatakan punca kematian almarhum, maklumat yang ada cuma kerana terkena mortar.
Di bawah adalah gambar almarhum bersama keluarga tercinta.

Berbaloikah kematiannya jika segalanya adalah sandiwara?
Salah seorang anggota gerombolan yang terkorban
Latest : Pencerobohan berakhir?

Malaysiakini pula melaporkan bahawa Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat.

Itu kata pihak Filipina. Pihak Malaysia tidak memberi sebarang pengesahan. Hanya 10 ditawan dan 10 terkorban di pihak penceroboh.  Manakala 4 yang lain cedera. Jumlah yang digambar hanyalah 24.

Apa jadi dengan baki yang lain? Jika benar jumlahnya 300 orang maka ada baki 276 orang lagi. Jika jumlahnya adalah 100 maka bakinya masih ada 76 orang. Adakah mereka sudah berlepas ke Tawi-Tawi atau disorok pihak tertentu?

Pekara sebenar perlu dijelaskan kepada rakyat. Rakyat perlu tahu perkara sebenar. Jika wayang pun wayanglah. Yang penting rakyat perlu diberi pencerahan.

Segalanya masih jadi persoalan. Jika benar ini pencerobohan bersenjata maka pendakwaan mengikut undang-undang kita (Malaysia) hendaklah dilaksanakan ke atas semua yang terlibat. Kejadian berlaku dalam negara kita. Jangan lepas kepada Filipina.

update 2.3.2013
tribune

Apa pasal boleh lepas? Tentera laut dan polis marin tak diarahkan tangkap atau halang mereka keluar? wakaka.... Bermakna mereka sekarang telah pulang ke Tawi Tawi dengan selamat tanpa cacat cela, megah dan bangga kerana berjaya mempermainkan tentera Malaysia.

Tambah musykil....Dalam satu pencerobohan besar tentera asing... tentera Malaysia duduk belakang. Polis pulak yang in-charge... wakaka. perancangan biol tahap berapa ni?

Lepas masuk dan keluar dengan senang...wakaka!! pakai bot pancong pulak tuu!

Hakikatnya??????
Gua bertambah yakin bahawa ada 'big game' di sebalik segala yang berlaku.

Baca maklumat dalam printscreen di bawah..... 
dan fikirkan mengapa boleh lepas? Siapa yang terlepas? Siapa tertangkap?














Yang dapat nama buruk adalah tentera laut dan polis marin... nasib hangpa la!!!

adios

No comments:

Post a Comment