Sunday, March 3, 2013

Sekumpulan polis masih dikepung penceroboh di Semporna


Berita bahawa sebuah kampung ditawan di Semporna yang disiarkan seperti di atas ada kemungkinan benar berlaku. Jika sekumpulan polis yang bersenjata mampu dikepung oleh penceroboh, apalah sangat dengan orang-orang kampung. paling tinggi pun hanya memiliki parang panjang dan lembing. Itulah senjata tercanggih yang mampu dimiliki oleh orang-orang kampung.

Mingguan Malaysia 3.3.2013 melaporkan bahawa dua orang anggota polis terkorban, dua cedera dan sekumpulan dikepung oleh penceroboh di Semporna. Tidak diketahui nasib mereka yang dikepung penceroboh kerana gua tak dapat cari Mingguan Malaysia subuh-subuh ni.

Dengan tersiarnya berita ini membuktikan bahawa situasi di Sabah masih gawat. Tidak berakhir seperti yang digembar-gembutkan  semalam.

Berikut adalah kenyataan Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS

1. Keadaan semakin mencemaskan. Kenyataan pemimpin negara kononnya suasana terkawal mula dijuih bibir oleh rakyat. Maklumat tidak telus seperti sedang menyembunyikan sesuatu.

2. Harap pemimpin negara dan pihak berwajib dapat cepat membuat penjelasan yang sebenar. Mereka tidak boleh bersikap sembunyikan apa yang berlaku kerana ini zaman facebook dan twitter. Kalau pemerintah tidak atau lambat keluarkan kenyataan rasmi, facebook dan twitter terlebih dahulu menyebar berita dalam pelbagai versi dan akhirnya rakyat cemas tidak menentu.

3. Ketegangan dan pertempuran serta pertumpahan darah yang sudah merebak ke Semporna dan Sandakan menunjukkan keadaan semakin serius. Rakyat masih dibiar terpinga - pinga mendapat maklumat pelbagai versi dan membuat telahan sendiri sementara pihak berkuasa masih seperti sedang menyembunyikan sesuatu.

4. Saya mewakili DPPM Malaysia mengharap pihak berkuasa bertindak tegas dan pantas bagi menjamin keselamatan rakyat dan kedaulatan negara serta memberi maklumat betul dengan cepat malah segera kaunter sebaran atau dakwaan palsu yang boleh mencetus huru - hara.

5. Rakyat keseluruhannya diseru agar tenang dan waspada terutama dalam menerima maklumat pelbagai versi agar tidak terjebak dalam kancah propaganda pihak opurtunis. Pastikan saluran yang berwibawa dan sumber yang jelas untuk mendapatkan maklumat serta jangan terseret dalam membuat telahan sendiri dan akhirnya mengeruhkan keadaan dan semakin cemas.

5. Kami DPPM mohon seluruh masjid surau mengadakan solat hajat dan munajat mohon selamat daripada Allah swt atas musibah yang sedang melanda negara serta menyelamatkan negara serta seluruh rakyatnya dari tangan - tangan ghaib yang merosakkan kedamaian sebuah negara berdaulat.

Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS




ADIOS

No comments:

Post a Comment