Wednesday, March 20, 2013

PKR tuntut Najib jelaskan jumlah rakyat Malaysia dalam kumpulan penceroboh

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rafizi turut menegaskan daripada dokumen yang diperolehi PKR daripada Arkib Negara Sabah, Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah, Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat apabila dilantik bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.

“Perkara ini membuktikan ‘Projek IC’ jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ... yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegas Rafizi.

Dengan pendedahan ini, Rafizi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat berapa jumlah pengganas Sulu itu yang mempunyai kad pengenalan biru dan merupakan rakyat Malaysia.

Rafizi juga dalam sidang media itu menegaskan berdasarkan pertemuan PKR dengan penduduk tempatan di Lahad Datu, mereka mengenali Agbimuddin.

“Ramai orang Kudat kenal dia (Agbimuddin),” kata Rafizi, yang tidak menolak tugas Agbimuddin ketika itu banyak memerlukannya menemui penduduk tempatan.

Sehubungan itu, beliau juga turut menuntut Najib untuk mengemukakan dengan jelas jumlah penceroboh tersebut yang merupakan rakyat Malaysia, dan menerima kad pengenalan biru. -TMI

adios

No comments:

Post a Comment