Friday, March 15, 2013

PI Bala meninggal dunia

Amaran sebelum meneruskan pembacaan. Ini adalah berita yang belum disahkan kebenarannya. King Jason melalui blognya KingOfGoblok melaporkan bahawa PI Bala sudah meninggal dunia kerana kegagalan jantung. Berikut adalah siaran berita seperti disiar KingJason
Baru mendapat berita PI Bala meninggal dunia, mayat kini di Hospital Sg Buluh..
ini bukan khabar angin... memang benar Pi Bala meninggal dunia.. Takziah dari Admin. Adakah beliau di Racun berikutan keberanian beliau mendedahkan siapa yang mengarahkan Al Tantuya di Bunuh? Kita meminta Hospital melakukan bedahsiasat sama ada mendiang diracun semasa mendapat rawatan jantungnya yang tersumbat.



Malang untuk PR kali ini.. takkala kita memerulukan beliau untuk mendedahkan siapa yang arah Al Tantuya di Bunuh,satu satunya saksi hidop mendapat sakit jantung dan akhirnya tiba tiba mendapat berita beliau telah pergi buat selama lamanya.. Siapa yang tersenyum ketika ini?

Apa yang sebenarnya berlaku ?


Tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

NONEBeliau sebelum ini terlibat sejurus sahaja selepas menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada penginapannya di Chennai, India.

"Tiga (arteri) tersumbat dalam jantung saya, sekarang saya perlu mengambil ubat," kata Bala ketika ditemui Malaysiakini di wad sebuah hospital jantung swasta di Lembah Klang semalam.

PI Bala ditampilkan dalam beberapa siri ceramah pembangkang bagi menjelaskan dakwaan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pihak yang rapat dengannya dalam beberapa peristiwa yang membawa kepada pembunuhaan Altantuya dan dakwaan penutupan kes itu.
NONEBala menjelaskan, beliau pada mulanya rasa tidak kena semasa kempen di Kota Bahru pada 1 Mac lalu sebelum mengambil ubat penahan sakit tetapi kesihatannya OK selepas itu.

Bagaimanapun keesokan harinya ketika dalam perjalan balik ke Kuala Lumpur keadaan itu kembali semula tetapi dia terus terlibat dalam program lain di Damansara.

Kesihatannya memburuk malam itu.

"Saya rasa sangat letih, saya tidur, kemudian pagi esoknya kira-kira jam 5 pagi saya tidak dapat bernafas, tetapi jika saya duduk (saya bernafas) OK, jika tidur tidak boleh," jelasnya. 

Berita ini adalah hasil copy-paste daripada blog KingofGoblok

Takziah kepada keluarga mendiang. Kepulangannya ke Malaysia seolah-olah hanya untuk memastikan jasadnya disemadi di negara tumpah  darahnya Malaysia tercinta.

adios

No comments:

Post a Comment