Tuesday, March 26, 2013

Pengakuan VAT 69: Pengganas Sulu macam ZOMBI susah nak mati


'Ibarat hujan peluru' itulah ungkapan angota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas.

Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie.

Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.

"Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.

"Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripadaKomander untuk melepaskan tembakan. Pihak pengganas yang sebelum itu memberi amaran 'berambus Tiger, balik' (kepada kami) telah melepaskan tembakan kerana kami tidak mahu berundur," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

"Mereka (pengganas) cuba rapat dengan kami dan mengacukan senjata serta melepaskan tembakan bertubi-tubi dalam jarak kira-kira 10 meter," katanya.

Pertempuran yang berterusan selama sejam itu mengorbankan dua anggota polisiaitu ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabaruddin Daud, 46. Pasukan keselamatan menembak mati 15 musuh.

Azwanazlee berkata dalam pertempuran di kawasan kelapa sawit yang berpaya itu, beliau mendapati beberapa anggota pengganas sukar ditumpaskan walaupun ditembak bertubi-tubi.

Dah kebulur dan penat muka pun jadi macam zombi
"Kami rasa mereka seolah-olah memakai ilmu kebal kerana walaupun telah ditembak berkali-kali tetapi tidak jatuh - Macam menembak Zombi. Arahan untuk menembak di bahagian kepala diterima dan ia akhirnya berjaya menumpaskan pengganas itu," katanya.

Berkongsi pengalaman sama, Kpl Muhammad Imran Abd Talib, 28, yang diaturgerak dalam satu lagi pasukan iaitu sektor Alpha di Kampung Tanduo, berkata beliau dapat menumpaskan pengganas dalam jarak yang paling dekat iaitu kira-kiradua meter.EMPUR 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Saya masuk kampung Tanduo pada 28 Feb dan pada pagi 1 Mac saya dan rakan lain diletakkan dalam keadaan siap siaga. Ketika itu kami sedang menyediakan makanan sebelum mendengar bunyi tembakan di kawasan sektor Bravo," kata anak bekas komando itu.

Beliau berkata pokok kelapa sawit menjadi tempat perlindungan daripada serangan pengganas.

"Bertempur dalam hutan tidak sama dengan bertempur di kawasan ladang kelapa sawit dengan binaan rumah yang tidak banyak. Pemandangan menjadi lebih luas dania mudah untuk dilihat musuh, itu antara cabaran yang harus ditempuhi ketika itu.

"Selepas bertempur saya lihat tempat perlindungan saya dipenuhi kesan tembakan. Saya bersyukur kerana peluru yang datang seperti hujan itu tidakmengenai saya," katanya.

Muhammad Imran yang terpaksa menangguhkan pertunangannya, berkata beliau bangga kerana dapat menyumbang kudrat demi mempertahankan negara- Bernama

Inilah rantai babi tunggal

Pakai tangkal rantai babi ke diorang ni? wakaka

Percayakah anda bahawa ada ustaz yang kata orang Islam boleh pakai ratai babi tunggal ini dengan syarat "jangan bergantung'. Maksudnya jangan bergantung kepada rantai babi tersebut untuk mendapat kekebalan. Hati hendaklah sentiasa ingat bahawa kebal atau tidak adalah urusan Allah S.W.T . wallahu a'lam

Hihi... cerita pasal kebal ni macam-macam gua sudah lalui. Sila anggap ini sembang kosong sahaja.

Ada yang kebal di kawasan dia sahaja. Orang jenis ini adalah spesis jaga rumah. Dalam kawasan yang telah dipagarnya terutama dalam kawasan rumahnya, dia kebal sebenar-benarnya. Senjata tajam tidak akan dapat menembusi kulitnya. Peluru pistol atau senapang belum pernah test... wakaka. Setakat parang dan pedang dah ramai orang libas dia. Tapi ajak try kat luar dia tak berani.... memang dia tak kebal di luar kawasan dia.

Kebal umum pula adalah kebal yang dikuasai oleh para ulama dengan izin Allah. Mereka ini boleh menyebabkan orang lain yang berjuang dengannya turut kebal sepertinya semasa peperangan dengan membaca doa-doa tertentu. Jika doa dimakbulkan Allah, semua pejuang yang didoakan akan kebal dengan berbekalkan keyakinan kepada Allah 100%. Pantangnya, Tidak boleh mundur ketika berdepan musuh. Tidak boleh ragu dengan bantuan Allah. Jika ada keraguan kepada Allah dan berundur walau selangkah ketika berperang maka dia tidak akan kebal lagi. Selepas tamat peperangan mereka tidak lagi kebal.- wallahu a'lam
Info berkaitan dan lebih menarik  di blog bro mountdweller

Kebal tak kena. Kebal yang ini adalah kebal kerana dilindungi unsur tertentu yang bersekutu dengan tubuh. Orang-orang ini kelihatan seperti kena takuk dengan parang atau senjata tajam yang lain tetapi kulit mereka tidak terjejas. Oleh itu mereka tidak cedera atau maut. Mereka ini dipercayai menggunakan khadam atau dengan lebih mudah dipanggil jin yang dipuja dan bersekutu dengan tubuh mereka. 

Kebal jenis ini menggunakan infak-infak tertentu yang kelihatan seperti tulisan ayat-ayat Al Quran atau benda-banda yang dipercayai ajaib seperti rantai babi tunggal, besi kuning, batu delima dan quran istanbul.- wallahu a'lam

Di Zaman moden segala ilmu kebal masih diamalkan. Tetapi setiap ilmu kebal ada kelemahannya. Ramai sedia maklum akan kelemahan orang-orang kebal. Ilmu kebal di zaman moden hanya berguna jika berdepan dengan orang-orang yang tidak mengetahui kelemahan sesuatu ilmu kebal itu. 

Lain ilmu kebal , lain kelemahannya. Sesiapa mengetahui kelemahannya elok simpan sahaja agar rahsia keagungan melayu terus terpelihara.

adios

No comments:

Post a Comment