Thursday, March 14, 2013

Mulut TPM umno..

Kerja paling gila yang akan dilakukan PR ialah memporak perandakan negara dalam keadaan mereka mendapat sokongan besar daripada rakyat Malaysia untuk meneraju pemerintahan negara. Kenyataan TPM yang menuduh demikian adalah untuk menutup segala kekacauan yang dilakukan UMNO di sana sini demi membuatkan keadaan menjadi huru-hara supaya pilihanraya tidak perlu diadakan dan BN terus memerintah.

Jika penyokong PR bertindak balas segala harapan mereka akan menjadi kenyataan. Kecederaan manusia dan kerosakan harta benda yang dilakukan penyokong BN terang dan nyata menyalahi undang-undang negara namun tidak ada tindakan undang-undang ke atas mereka walaupun pegawai polis berada di tempat kejadian dan menyaksikan jenayah yang mereka lakukan.

Kenyataan TPM yang sebegini hanya menunjukkan kedangkalan pemikirannya kerana membuat kenyataan tidak berlandaskan fakta apatah lagi menunjukkan bukti. Yang jelas ia adalah satu ugutaan politik bertujuan agar rakyat menolak PR.

Sayang sekali, rakyat Malaysia bukan jenis cap ayam seperti dahulu. Kini mereka lebih matang dan celik politik. Apa sahaja tindakan BN akan menjadi sia-sia kerana rakyat telah mengetahui segala keburukan BN selama ini.

Tangkap dan penjarakan Anwar Ibrahim seumur hidup dan tuduhlah dia seburuk-buruk tuduhan termasuk membunuh Altantuya dan meliwat beruk . Rekalah pelbagai bukti dan tunjukkan kepada rakyat Malaysia. Ciptakan segala video yang canggih menunjukkan kesahihan perlakuannya ( kali ini pastikan pelakon video tu bersunat.. wakaka jangan pilih pelakon kote kulup lagi sekali... wakaka)

Nescaya semua itu akan gagal membuatkan rakyat kembali kepada UMNO dan BN. Malah semakin membenci UMNO.

Jika BN berada di pihak yang benar dengan menyatakan sokongan kepada mereka kian meningkat, mengapa tidak bubarkan sahaja parlimen agar PRU13 dapat dijalankan dengan segera. Perbuatan melewat-lewatkan PRU13 adalah bukti nyata ketakutan mereka yang tidak berbelah bahagi.

Mereka pelu berbuat angkara yang lebih besar agar PRU13 tidak perlu diadakan dan pemerintah sedia ada terus memerintah berdasarkan perlembagaan Malaysia. Itulah saat-saat yang mereka nantikan. Menantikan peristiwa ala13 Mei... itu sahaja harapan mereka kini.

Segala provokasi melampau yang dilakukan penyokong BN bukan agenda kecil tetapi agenda besar. Mujurlah penyokong PR tidak bertindak balas sebaliknya bertindak lebih bijak dan matang politik.

Jika Anwar Ibrahim dipenjara kerana ISA yang kononnya telah dimansuhkan. Kebencian rakyat Malaysia akan bertambah terhadap UMNO BN. UMNO BN tetap kalah dalam PRU13.
Pergi mampos dengan UMNO dan BN.

adios

No comments:

Post a Comment