Tuesday, March 5, 2013

Lebih ramai mendarat di Sabah... Gua makin tak percaya apa yang berlaku

Lebih banyak pusat pemantauan dibuka di sepanjang pantai timur Sabah terutamanya di Lahad Datu bagi mengesan puak penceroboh yang dikatakan semakin ramai mendarat di wilayah bergolak itu.

Mengesahkan perkara itu, Panglima Angkatan Tentera, Zulkefli Mohd Zain dalam satu kenyataan berkata mereka mendarat di beberapa lokasi panas di Kampung Tandou beberapa jam lalu berdasarkan pergerakan terkini yang dilaporkan kepada pihaknya.

Tambahnya, puak penceroboh menggunakan bot kecil bagi mendarat dan dipercayai mahu memberi bantuan tambahan kepada puak penceroboh yang sudah berada di sana.

Mereka tidak berpakaian seragam tentera palsu tetapi hanya memakai pakaian biasa bagi mengelak dikesan pihak berkuasa yang sudah dapat mengenal pasti beberapa individu yang bekerjasama dengan puak penceroboh.

Beliau turut menyatakan pihaknya menemui dua buah beg berisi pakaian biasa yang sudah ditukar sebaik mendarat tetapi tidak menjelaskan bila mereka berbuat demikian.

Menurutnya lagi, pihaknya memperolehi maklumat puak penceroboh berasal dari dari sebuah pulau di Sibutu di selatan Filipina, kira-kira 25 minit perjalanan menggunakan bot dari Semporna di mana enam anggota keselamatan negara terbunuh dalam serangan di Kampung Sri Jaya.

Setelah mendarat mereka ditempatkan dalam satu kumpulan seterusnya mengadakan latihan rahsia di dalam ladang kelapa sawit jauh dari tumpuan penduduk tempatan bagi mengelak dikesan.

Sementara itu, beberapa saksi tempatan yang berada di Kunak memberitahu mereka melihat tiga anggota penceroboh berpakaian seragam tentera palsu seakan sama dengan puak penceroboh yang menyerang Kampung Tanduo ditahan pihak berkuasa.

Mereka dipercayai ditahan setelah menerima maklumat awam tetapi pihak berkuasa masih belum mengesahkan perkara itu.

Kunak merupakan salah satu penempatan terbesar pendatang asing Filipina di negeri ini dan pihak berkuasa kini memantau dengan lebih rapi keadaan di sana bagi mengelakkan kejadian serupa di Lahad Datu dan Semporna berulang.

Kira-kira 800,000 pendatang asing Filipina berada di negeri ini dan majoriti puak Sulu berada di pantai timur.

Beberapa sumber yang belum disahkan memberitahu kira-kira 50 orang puak penceroboh mendarat di Tanjung Labian dan Tanjung Batu serta menahan penduduk tempatan yang jumlahnya belum dapat disahkan.

Bagaimanapun keadaan di Lahad Datu semakin terkawal dan penambahan anggota tentera yang semakin ramai berada di Lahad Datu dan Semporna memungkinkan keadaan dikawal dengan lebih baik walaupun langkah berjaga-jaga dikuat kuasan.

Anggota tentera dilihat sudah mula memasuki jalan menuju kampung tersebut dan satu laporan terbaru mengesahkan perkara itu.

Dipercayai inisden puak penceroboh yang lolos menjadi punca tindakan tersebut namun tindakan seterusnya masih belum diputuskan setakat ini.-JP
.....................................
Dalam keadaan negara gawat dicerobohi orang Filipina, Seolah-olah tiada usaha untuk menambah baik kawalan perairan negara.
adios

No comments:

Post a Comment