Sunday, March 3, 2013

Lahad Datu - Penceroboh asing atau orang Malaysia?

Jika kita meneliti keseluruhan keseluruhan proses kejadian tersebut kita akan dapati banyak perkara meragukan.

1. Mengapa peristiwa yang digembar-gemburkan sebagai pencerobohan asing ke atas Lahad Datu ditangani polis bukan tentera?
2. Bagaimana orang asing berseragam tentera dan bersenjata dalam jumlah yang besar, diberitakan 100 hingga 245 orang melepasi kawalan TLDM dan tiga agensi lain.
3. Mengapa ada rundingan apabila ada pihak asing melancarkan perang.
4. Bagaimana orang asing yang baru sampai sudah menguasai selok belok kawasan felda tersebut dengan mahir sekali?

Persepsi gua

Tidak wujud pencerobohan asing. Mereka adalah rakyat Malaysia yang berdarah Sulu sama ada lahir di Sabah atau mendapat kewarganegaraan seperti didedah skandal IC Sabah. Jika ada sekalipun rakyat Filipina mungkin sebahagian daripada mereka. Kehadiran mereka adalah secara rasmi atau menyeludup masuk seperti orang awam. Mereka tinggal di Sabah untuk suatu ketika yang lama. Menunggu arahan.

Kerana itulah polis marin dan TLDM tidak dapat mengesan kemasukan mereka. Mereka masuk tanpa senjata dan pakaian tentera. Bermakna juga tiada bot 3 injin 75 kuasa kuda yang digunakan seperti didakwa.

Mereka tidak datang serentak tapi beransur-ansur dengan berpakaian awam. Mereka berkumpul di kawasan tertentu dengan bantuan rakyat Malaysia yang berkomplot dengan mereka. Mereka meninjau kawasan felda tersebut disamping membina denai-denai umtuk bergerak. Tidak mustahil mereka turut berjaya membina terowong khas untuk melarikan diri.

Oleh kerana mereka adalah rakyat Malaysia maka tentera tidak digunakan. Ketenteraman awam adalah tanggungjawab polis. Maka seperti biasa pihak polis akan cuba berunding dengan mereka kerana mereka adalah rakyat malaysia. Berbeza dengan tentera.

Kaedah tentera lebih mudah dan direct to the point. Satu peluru satu musuh. Membunuh atau terbunuh.

Apa asas persepsi gua? Tengok bawah ni....
wakaka

artikel ini boleh membantu kita berfikir Lelaki disyaki dalangi pencerobohan Lahad Datu
update 13.3.2013 baca sini
adios




No comments:

Post a Comment