Friday, March 8, 2013

Lahad Datu - ikut sedap mulut dia saja kata 'Malaysia tak profesional'... paler wotak lu

Ini adalah petikan berita yang disalin dpd bro mountdweller

"Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," tambahnya.

Polis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar

Itu adalah gambaran sebenar yang melambangkan keislaman penceroboh Lahad Datu. Rakyat Malaysia kesal kerana tindakan lewat kerajaan ke atas penceroboh namun tindakan yang dilakukan kerajaan yang dimulai dengan serangan udara ke atas mereka adalah sesuatu yang menyenangkan hati rakyat Malaysia.

Walaupun tindakan itu dianggap tidak profesional oleh seorang profesor namun semua kritikan beliau harus ditolak ke dalam bakul sampah. Keselamatan anggota keselamatan dan rakyat Malaysia adalah keutamaan. Jika penggunaan TUDM itu berkesan maka ertikata 'profesional' tidak bermakna langsung.



Berbaloikah bertindak secara profesional tetapi tiada kesan positif dan lambat sehingga mengancam keselamatan negara, anggota keselamatan dan rakyat tidak berdosa?

"Beribu-ribu rakyat Malaysia terkorban tetapi Malaysia dipuji kerana telah bertindak secara profesional."  Inikah yang mahu kita dengar?

Walaupun ramai mendakwa serangan itu gagal membunuh penceroboh namun setidak-tidaknya telah berjaya mengusir mereka keluar dari persembunyiaan dan melarikan diri. Keluarnya mereka dari persembunyian memudahkan angkatan darat Malaysia melaksanakan tugas mereka sehingga terbunuhnya 32 orang penceroboh dan menjadikan jumlah keseluruhan penceroboh yang terkorban adalah melebihi 50 orang.

Sebelum penggunaan jet TUDM bagi menggempur lokasi, Angkatan bersenjata Malaysia tidak dapat mengesan kedudukan sebenar penceroboh sehingga operasi memburu menemui jalan buntu. Operasi mencari dalam peperangan gerila adalah sangat berbahaya kepada anggota keselamatan. Pihak yang mencari terdedah kepada serangan pihak yang bersembunyi.

Oleh itu abaikan apa kata professor itu. Rakyat Malaysia berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kita semua terutama rakyat Sabah, bayar cukai tinggi untuk menghidupkan kerajaan Malaysia.- GeloraHatiMuda

**** kalau benar TUDM bom rakan sendiri baru betul tak professional. Mastermindnya bersalah 100%. Juruterbang hanya bertindak mengikut arahan.

adios

No comments:

Post a Comment