Friday, March 22, 2013

"kalu mu tok buang aku bunuh mu" - Nor Rozi berdepan penjara 2 tahun

tertuduh - dua dari kanan
KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah mengugut bunuh seorang lelaki yang didakwanya berjalan sambil membawa bendera Pas dan DAP, 18 Mac lalu.

Hukuman terhadap lelaki berusia 40 tahun itu bagaimanapun ditangguhkan Mahkamah Majistret di sini, semalam berikutan fakta yang belum lengkap.

Noor Rozi Harun, 40, mengaku mengugut Mohamad Zahari Ibrahim, 53, dengan berkata ‘kalu mu tok buang aku bunuh mu dan tikam mu’ di tepi jalan Bandar Madrasah Pasir Puteh, jam 6.10 petang.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku mabuk ketika melakukan kesalahan itu.

Dia dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Kes bersambung 20 Mei depan sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh adalah seorang yang tidak bernasib baik kerana dalam banyak-banyak ugutan terhadap penyokong PAS hanya dia seorang sahaja yang didakwa dan bakal dipenjara jika sabit kesalahan.

Berlambak ugutan bunuh terhadap penyokong PAS dan yang paling ketara ialah terhadap TGNA melalui FB. Sehingga kini tukang ugut tidak didakwa.

adios

No comments:

Post a Comment