Monday, March 25, 2013

isma kelirukan pengundi - mari nilai siapa isma sebenarnya


Andai difikirkan pengundi yang kurang daya penglihatannya mengundi di tempat yang ditandingi PAS dan isma (berjasa) pastinya ramai akan terkeliru dengan kedua-dua lambang parti ini. 

Pasti ramai yang akan menanda pada ruang yang salah berbanding niat mereka. isma akan bertanding atas tiket berjasa di parlimen Seremban menggunakan bendera dan logo berjasa. isma turut dipercayai akan bertanding di beberapa kawasan lain di seluruh negara.


Kita baca petikan dari sebuah blog ustazah

Assalamualaikum wbt..

Pada tahun ini PMRAM mahupun DPM dan BKAN diuji Allah SWT dengan 'keganasan' ISMA untuk melebarkan sayap tempang mereka di bumi Mesir ini.Begitu banyak usaha mereka untuk 'mengismakan' pelajar-pelajar Nusantara di bumi Mesir ini.

Seperti yang sedia maklum Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang ditubuhkan pada tahun 1930 adalah persatuan pelajar Melayu tertua di Mesir.Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (ISMA) baru sahaja beroperasi. Mengapa satu lagi persatuan anak Melayu ini perlu beroperasi?

Sudah terang lagi bersuluh PMRAM merupakan persatuan yang menyatukan suara anak-anak Melayu di bumi Mesir.Apakah kelahiran dan kewujudan ISMA hanya mahu memporak perandakan mahasiswa di Mesir?

Memetik kalam Us Syafiq Zulakifli dari blog beliau :
Ini adalah hiraki mahasiswa. PMRAM sebagai persatuan induk. Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa pula sebagai persatuan di peringkat negeri dan cawangan. Bayangkan sistem kerajaan Malaysia. Kita ada Perdana Menteri mentadbir Malaysia dan Menteri Besar mentadbir negeri. Ada beberapa perkara yang difikirkan perlu diubah pemikiran mahasiswa kita. Jika ISMA mengatakan 'kami juga mahu menyampaikan dakwah', mengapa tidak bersama-sama kukuhkan dan satukan medan dakwah bersama PMRAM? Mengapa perlu diasing-asingkan? Jika ISMA mengatakan PMRAM lemah dari sudut tarbiah, mengapa kalian tidak duduk membantu PMRAM, untuk menjalankan tarbiah? Pada hemat saya, jikalau kita punya satu semangat persaudaraan, persefahaman, dan tidak inginkan perpecahan; ayuh duduk di dalam satu bumbung. Bekerja bersama-sama dalam satu gerakan. Bukan mewujudkan gerakan mahasiswa baru. Ia adalah semata-mata mencari ruang untuk memimpin. Jika kalian mahu memimpin, mengapa tidak bersama-sama bertanding di dalam pentadbiran PMRAM? Gunakan satu pendekatan baharu. Atau, ISMA hanyalah semata-mata akan menjadi persatuan suruhan JPMK setelah wakil kerajaan di Mesir itu tidak dapat 'mencipta' satu persatuan yang mampu berdiri bersama mereka.Saudara, kita bukan kanak-kanak. Kita mahasiswa yang perlukan pemikiran terbuka. PMRAM pula harus membuka jalan agar semua mahasiswa berhimpun di dalam satu bumbung.

Ana bersetuju 100% dengan kalam beliau.Ini realiti yang berlaku pada ana semalam ketika cubaan ISMA untuk mengambil seorang adik baru yang ditauzi'kan oleh PMRAM seterusnya diuruskan oleh DPM Mansurah.

Perasaan geram dengan tindakan mereka tidak dapat dikawal..Ya, walaupun dakwaan mereka adik tersebut yang ingin bersama ISMA tetapi tanggungjawab menjaga /menguruskan pelajar tetap di bawah urusan DPMM.Bayangkan penat mengurus adik2 baru tak hilang lagi,tiba2 keesokannya diambil oleh ISMA.Ana kira Unit Amal Kamsis(UAK) turut merasa perit dengan apa yang berlaku.(boleh baca entri: 5 jam berkawal di bait anis di blog Us Hakimi-UAK) http://menjejakharapan.blogspot.com/

Bagi ana kita boleh berjidal dengan mereka secara berhikmah, tetapi apabila melibatkan perkara yang memecah belahkan kesatuan ahli, kita perlu bertegas.Kita perlu menghalang usaha pihak2 yang tertentu yang cuba menggugat kesatuan serta keharmonian ahli.

Firman Allah swt : hendaklah kamu menegakkan agama dan janganlah kamu berpecah-belah di dalamnya” (Surah as-Syura, ayat 13).

Jadi, ana seru pada sahabat/iah agar bersama2 dengan PMRAM dan mengukuhkan kesatuan ini.Andai terdapat kecacatan,sama2 lah memperbaikinya.Tidak perlu mewujudkan persatuan yang baru.Usaha ini hanya akan mengganggu serta melambatkan kemenangan Islam.Andai perkara ini tidak diambil berat maka ianya hanya membuka ruang pada musuh-musuh Islam untuk merosakkan Agama Allah swt.. - http://syabrahubaidah.blogspot.com/2009/11/isma-tidak-perlu-wujud-di-mesir.html

Daripada petikan blog di atas kita dapat menilai serba sedikit tentang isma dan hajat mereka. Persepsi gua terhadap mereka gua simpan sendiri. Apa persepsi anda berdasarkan tulisan di atas?

Elok jugalah isma bertanding atas dasar keagamaan mereka. Kita lihat dengan berpaksikan umno adakah mereka akan diterima masyarakat. Sekiranya mereka ditolak dan hilang wang pertaruhan maka eloklah kepimpinan mereka menilai semula niat sebenar mereka bertanding dalam PRU 13 supaya tidak dimalukan lagi dalam pilihanraya-pilihanraya yang berikutnya.

adios

No comments:

Post a Comment