Sunday, March 24, 2013

Grup anti PBS telah ditubuh di Facebook. Baca rintihan anak anda

PBS yang dimaksudkan bukan Parti Bersatu Sabah tetapi Penilaian Berasaskan Sekolah yang menjadi rungutan para pendidik. Grup ini macam baru ditubuhkan dan yang manisnya grup ini ditubuhkan oleh budak-budak sekolah. Tidak dapat dipastikan sama ada pengasas grup ini seorang guru yang menggunakan id sebagai pelajar. Rata-rata ahlinya adalah pelajar.

Di sana diselitkan rintihan pelajar yang tidak selesa dengan konsep PBS yang dianggap membebankan mereka. Ibu bapa pula terpaksa mengeluarkan wang yang lebih banyak kerana buku-buku ujian PBS perlu dibeli kerana guru tidak upaya mencipta soalan-soalan PBS seperti dikehendaki Kementerian.

Sila beri sokongan kepada anak-anak muda ini. Rintihan mereka adalah kenyataan akan keperitan mereka kerana PBS. Mereka adalah pemimpin masa depan negara. Gagalnya mereka bermakna kita bakal memiliki pemimpin cap ayam di Malaysia... wakaka
















Kepada para pendidik eloklah ikuti perkembangan grup ini kerana mereka ini adalah pelajar anda. Jika anda merasai kepayahan kerana PBS begitu juga anak didik anda... Ini adalah link grup tersebut - kami benci PBS

Ini adalah sebahagian rintihan mereka..




adios

No comments:

Post a Comment