Sunday, March 24, 2013

Ganggu program PR - Samseng Sabah tiru Samseng semenanjung... wakaka

Sekumpulan samseng belaan yang telah hilang taringnya bila ditangkap oleh unit keselamatan PR di Sabah ketika cuba menimbulkan huru hara diceramah DSAI. Hanya mampu tunduk membisu ketika diserahkan pada pihak polis

Polis memuatkan motosikal yang dirampas 
Seakan meniru gaya rakan-rakan subahat mereka di Semenanjung, kira-kira 20 samseng upahan cuba menyerang sebuah bas dan sebuah van yang diletakkan di hadapan Pusat Konvensyen Star City, Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.

Kedua-dua kenderaan tersebut disasarkan untuk dicalar dan disimbah cat merah beberapa ketika sejurus Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merasmikan penggunaannya bagi tujuan kempen menjelang pilihanraya umum ke-13.


Insiden tersebut sempat dihalang anggota polis yang bertugas mengawal keadaan setelah mendapat maklumat samseng berkenaan cuba melakukan khianat terhadap harta persendirian.

Anwar kini berada di negeri ini bagi lawatan dan merasmikan pelancaran manifesto khas untuk Sabah di pusat konvensyen di tengah-tengah bandaraya ini.

Bas dan van tersebut disewa bagi memudahkan gerakan kempen dan merayu undi khusus untuk kegunaan pemimpin Pakatan Rakyat dan akan mula menjelajah ke seluruh negeri ini dalam tempoh terdekat.

Beberapa saksi kejadian yang ditemui menyatakan samseng berkenaan mula membuat bising di perkarangan pusat konvensyen itu selain membunyikan hon untuk mengganggu majlis yang diadakan di dalam.

Bagaimanapun setelah dinasihat oleh petugas KEADILAN, mereka cuba untuk menghampiri bas dan van berkenaan menyebabkan anggota polis dikerah bagi mententeramkan keadaan.

Menurut laporan, enam daripada mereka ditahan dan kini dibawa ke balai polis berhampiran untuk disoal-siasat.

Sementara motosikal yang ditinggalkan setelah mereka dibawa ke balai polis kini diangkut menggunakan lori menuju destinasi sama.

Perkembangan ini mencetuskan tanda tanya sama ada Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sudah merasakan kedudukan mereka tergugat kerana ini adalah kali pertama insiden seumpama ini dilakukan mereka di negeri ini.

Parlimen Kota Kinabalu diwakili calon DAP, Hiew King Chiew setelah menang dengan undi majoriti tipis 106 undi.

Termasuk ini polis sudah dua kali menunjukkan sikap tidak pilih bulu dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang. Semalam polis Johor berjaya menghalang samseng bermotosikal daripada mengganggu bas Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment