Friday, March 8, 2013

Gambar - Agbimuddin Kiram dakwa bom TUDM jatuh ke atas Pasukan Keselamatan Malaysia

Lihat gambar-gambar di bawah ini. Pendedahan gambar mangsa serangan udara TUDM yang dibuat oleh Zahid hamidi semalam telah membuatkan ramai orang berfikir. Perasaan berbelah bagi mula menghantui fikiran ramai orang.

Apatah lagi apabila Agbimuddin Kiram dilaporkan globalnationinquirer mendakwa serangan TUDM tersebut telah mengenai Pasukan Keselamatan Malaysia. Nur Misuari MNLF turut melaungkan tuduhan yang serupa disusuli oleh media Filipina yang menuduh Zahid mendedahkan gambar palsu.

Mari kita lihat fakta atau auta mereka melalui penelitian gambar-gambar  di bawah




 Ini pula adalah pakaian penceroboh dari Sulu

Apa pendapat lu orang bro???

Jika ini benar-benar berlaku, gua makin bengang kepada perancang serangan tersebut. Mana mungkin serangan udara dilakukan tatkala Anggota KeselamatAn kita masih berada di kawasan sasaran. Nak bunuh kawan ke?

Penjelasan awal daripada sumber internet seperti TMI boleh diguna pakai untuk menolak tuduhan Agbimuddin ini. Ini adalah berkemungkinan kubur pejuang Tausug yang digali semula oleh pasukan Keselamatan. Tiada kena-mengena dengan serangan udara TUDM pun. Penggalian tersebut berlaku sebelum serangan TUDM.

Kesilapannya adalah pada berita pendedahan oleh Zahid yang bertanggungjawab menunjukkan gambar ini pada asalnya.

 Ini adalah sisipan berita TERSEBUT












INI PULA ADALAH CUBAAN MEMBURUKKAN MALAYSIA OLEH MEDIA FILIPINA



adios

No comments:

Post a Comment