Saturday, March 23, 2013

Agbimuddin Kiram dinobat wira kerana berjaya perdaya Pasukan keselamatan malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Agbimuddin Kiram dianggap sebagai lagenda dan wira di kalangan umat Islam Filipina kerana berjaya meloloskan diri dari ditangkap oleh pasukan keselamatan Malaysia, kata kolumnis The Philippine Daily Inquirer.

Dalam kolum “As I see it”, wartawan veteran Neal H. Cruz mengatakan menyukai “raja muda” Sulu dan dakwaan keganasan yang dihadapi warga Filipina di Sabah sama seperti perjuangan kaum Indian dan Afrika di Amerika, yang ditindas oleh pendatang imigran dari Eropah.

Cruz berkata jika Agbimuddin ditemui mati, ketua militan itu akan disanjung lebih hebat.
Beliau berkata Presiden Filipina Benigno Aquino III perlu dipersalahkan, kerana sikapnya mengenai krisis Sabah “mengundang kemarahan”.

“Beberapa tahun dari sekarang, cerita Kesultanan Sulu dan wira-wiranya akan tersebar, tentang bagaimana mereka ditindas oleh kerajaan Malaysia dan FIlipina dan cerita itu akan berterusan zaman berzaman,” kata kolumnis itu dalam tulisannya.

“Sebuah buku akan ditulis tentang mereka, sebuah filem akan difilemkan tentang mereka, sama seperti sejarah Indian dan Afrika di Amerika pada masa lalu.”

Agbimuddin dan 235 pengikutnya dikepung dalam pertempuran ganas dengan ribuan anggota keselamatan Malaysia yang mempunyai senjata berat, jet pejuang, kereta kebal dan bom dalam 18 hari selepas Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu.

Agbimuddin, “raja muda” dan adik kepada Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu, mendarat di Sabah untuk merampas semula negeri yang didakwa miliknya empat abad lalu, berjaya melarikan diri walaupun dikepung hebat oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan dari sumber risikan Malaysia semalam, pemimpin puak bersenjata itu berjaya melarikan diri dari Sabah pada 11 Mac dan ke satu pulau di selatan Filipina untuk melarikan diri dari ditangkap pihak berkuasa Filipina.

Laporan menunjukkan 63 pengikut Agbimuddin dibunuh, dan yang lain sama ada melarikan diri pulang ke Filipina atau menyembunyikan diri di Lahad.

Tak habis-habis media Filipina provok kita.  Kalau askar atau polis dapat si kiram tu kasi lunyai dengan c4. Masa tu kita tengok apa pulak reaksi media Filipina.... Geram betul rasanya.

No comments:

Post a Comment