Saturday, March 2, 2013

117 Ahli Umno Keluar Sertai KEADILAN

Seramai 117 orang ahli Umno dari kampung Uloi Dalam kawasan DUN Melalap dalam Parlimen Tenom telah menandatangani borang keanggotaan kemasukkan anggota baru di Cabang KEADILAN Tenom.

Selepas menandatangani borang keanggotaan KEADILAN, Puriri Gunsika @ Ibrahim berharap jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 nanti sehingga dapat memegang tampuk Kerajaan Pusat, beliau dan penduduk kampung mengharapkan Kerajaan baru dapatlah membantu memberikan rumah PPRT untuk orang orang Kampung Uloi Dalam ini.


"Setiap pilihan raya umum, kami selalu dijanjikan oleh Kerajaan BN, jika BN menang, mereka akan berikan rumah PPRT kepada orang orang miskin yang tinggal dikampung ini. Bila BN dah menang para YB pun hilang. Sekarang baru datang lagi", kata Puriri Gunsika dengan penuh kehampaan.

Ketika mengalu alukan kemasukkan ahli dari Bahagian Umno Tenom itu, Halik Zaman yang juga Ketua Cabang KEADILAN telah mengucapkan syabas di atas keberanian mereka meninggalkan parti UMNO dan yakin kepada perjuangan KEADILAN.


Halik memberitahu mereka, dengan hanya menukar Kerajaan BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat sahaja boleh menurunkan harga minyak petrol sekaligus semua harga barang rakyat akan turun. Kini dalam Kerajaan BN rakyatlah yang terlalu menanggungnya.


Sementara itu, Masdin Tumas Yang merupakan Timbalan Ketua Cabang pula memberitahu mereka bahawa jika rakyat berani menukar Kerajaan BN dalam PRU13 nanti, tanah adat rakyat yang dirampas akan dapat dikembalikan dengan serta merta. Selain itu kebajikan rakyat Pakatan Rakyat akan diutamakan, separti subsidi kos elektrik dan air serta pendidikkan percuma dari sekolah rendah hingga keuniversiti.


Turut memberi ucapan, Dzulkifle Gunsika, Naib Ketua Cabang yang menerangkan dengan jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan menurunkan harga kereta dan menurunkan cukai jalan kereta yang sangat membebankan rakyat terutama sekali orang orang muda yang berkeinginan membeli kereta boleh mendapatkan harga kereta murah dari luar negara dengan menghapuskan sistem AP yang sangat dibanggakan.



oleh - jalanpulang

adios

No comments:

Post a Comment