Friday, February 8, 2013

Video Presiden Iran dilempar kasut oleh warga Mesir

Lawatan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke Mesir tercemar apabila berlaku insiden memalukan apabila seorang lelaki melemparkan kasut ke arah presiden itu ketika mengadakan lawatan ke negara itu, Selasa lalu.


Sebuah video yang disiarkanolehagensi berita Anadolumenunjukkan beliau tersenyum bersalaman dengan orang ramaidi Kaherah dan secara tiba-tiba seorang lelakimelemparkankasutke arahnya.

Menurut jurucakap pejabatpendakwa rayaMesir, video tersebut memaparkan kehadiran Mahmoud disambut olehsekumpulan lelaki. Tidak lama kemudian, lelaki-lelaki lainyang mengerumuni beliau turut jugamelemparkankasutke arah pemimpin itu.

"Anda membunuh saudara-saudara kita!" salah seorang penyerang berteriak, lapor Anadolu. Agensi itu berkata,bagaimanapun kasut lelaki berkenaan gagal mengenai Mahmoud, sebaliknya pengawal keselamatannya.

Kejadian itu merupakan satu penghinaan besar dalam dunia Islam selepas insiden sama berlaku ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa beliau membuat lawatan perpisahan ke Iraq pada 2008.

Dalam kejadian itu, seorang wartawan Arab, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya berteriak dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

Empat orang termasuk seorang warga Syria ditahan dalam kejadian di Kaherah ini.Presiden Iran mengadakan lawatan bersejarah ke Mesir dan yang pertama dalam tempoh empat dekad ini.[sinar]


Saintis Melayu - Yazid Sufaat ditangkap lagi


adios

No comments:

Post a Comment