Friday, February 22, 2013

Tehran diserang tikus gergasi

Agensi alam sekitar di bandar ini berkata Iran telah menghantar pasukan penembak curi untuk membersihkan jalan-jalan Tehran dari tikus seberat hingga lima kilogram yang melanda 26 daerah ibu negara Iran.

 "Mereka seolah-olah mempunyai mutasi genetik, mungkin akibat radiasi dan bahan kimia yang digunakan pada mereka," Ismail Kahram, Ahli Majlis penasihat persekitaran bandar Tehran yang juga seorang profesor universiti.

"Tikus-tikus ini lebih besar dan kelihatan berbeza. Ini adalah perubahan yang biasanya evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Mereka telah melonjak dari 60 gram hingga lima kilogram, dan kucing kini lebih kecil daripada mereka."

Tikus mutasi ini telah menyerang bandaraya Tehran. Racun tradisional tidak mendatangkan mudarata ke atas mereka. Majlis Bandaraya Tehran telah mengerahkan satu pasukan sepuluh penembak tepat bersenjata senapang infra-merah untuk menghapuskan tikus-tikus ini.

Majlis bandaraya Tehran menggunakan racun kimia [ada waktu siang dan menggunakan khidmat penembak tepat pada waktu malam. Mereka berusaha 24 jam sehari tanpa henti sepanjang minggu sehingga masalah ini dapat diselesaikan. Setakat ini 2205 tikus telah ditembak mati tetapi masalah masih belum menunjukkan tanda-tanda majlis itu merancang untuk menambah ahli  pasukan penembak tepat sehingga 40 orang

No comments:

Post a Comment