Saturday, February 23, 2013

Seorang lagi Mengaku Sultan Borneo Utara

"Keluarga saya adalah pemilik tahta yang sah ," dakwa ahli perniagaan Datu Lahad Datu berusia 45 tahun Abdul Rajak Aliuddin, yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan keenam Borneo Utara.

Beliau berkata bahawa  kumpulan bersenjatya yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, saudara  Sultan Jamalul Kiram, tidak mempunyai hak untuk menuntut Sabah, yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara.

"Aliuddin Agas Ayah saya telah diiktiraf sebagai Sultan kelima Borneo Utara. Beliau adalah salah seorang dari orang-orang yang menandatangani rangka kerja bagi perjanjian Malaysia pada tahun 1962," katanya, menunjukkan dokumen untuk menyokong dakwaannya.

Beliau berkata kumpulan Azzimudie tidak mempunyai hak untuk menggunakan bendera kuning dengan lambang singa.

Azzimudie dan lebih daripada 100 pengikut-pengikutnya, termasuk lelaki bersenjata berseragam tentera, telah menuntut Malaysia mengiktiraf mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu.

Rajak memberitahu pemberita bahawa pendudukan kampung Tanduo adalah sandiwara (tindakan publisiti) atas sebab-sebab politik.

Beliau mendakwa bahawa selepas pemberontakan Brunei pada 1863, Borneo Utara telah membuat kesultanan autonomi dengan dua kesultanan lain iaitu autonomi Bolongan meliputi utara Kalimantan dan autonomi Sulu di selatan Filipina.- ANN

"Malah Pahlawan, Tawi Tawi dan Siasi di selatan Filipina berada di bawah kesultanan Borneo Utara," dakwa beliau.

No comments:

Post a Comment