Saturday, February 16, 2013

Senator Australia dihalau

HAH ALAM, 16 Feb ― Senator Australia Nick Xenophon yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi telah dihalang untuk masuk ke negara ini oleh pegawai Imigresen.
Senator Australia Nick Xenophon dihalang masuk ke Malaysia

Menurut Ibrahim Yaakob Ketua Staf Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Xenophon (gambar) sekarang ini berada di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) untuk proses penghantaran pulang ke Australia.

“Beliau adalah salah seorang delegasi dari Australia yang datang ke Malaysia untuk membuat kajian mengenai proses pilihan raya.

“Mereka datang dengan inisiatif dan perbelanjaan sendiri,” kata Ibrahim ketika dihubungi olehThe Malaysian Insider sebentar tadi.

Xenophon merupakan salah seorang daripada delegasi antarabangsa yang terlibat dalam memerhatikan perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 28 April tahun lalu.

Portal berita The Australian melaporkan Xenophon sebagai berkata beliau sedang berada dalam tahanan di Malaysia.

“Saya adalah banduan di sini,” kata Xenophon dipetik dari portal berita The Australian.
“Saya sedang ditahan di kawasan dengan semua sel-sel induk yang penuh wanita. Mereka pada dasarnya memberitahu saya adalah musuh kepada negara. Mereka cuba untuk mendapatkan saya pesawat seterusnya keluar dari sini dan pulang ke rumah.”

Ibrahim turut memberitahu, Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen membantu Xenophon dan delegasinya membuat temujanji untuk bertemu dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa depan.

Tahun lalu Xenophon memberitahu The Malaysian Insider beliau akan mengemukakan saman terhadap New Straits Times (NST), menuduh akhbar milik Umno itu sengaja menjejaskan keselamatannya apabila mengeluarkan satu artikel yang menggambarkan dirinya sebagai anti Islam.

Menurut laporan Sydney Morning Herald (SMH) tahun lalu, Xenophon mendakwa NST telah menuduhnya menggunakan perkataan “Islam” bagi menggantikan perkataan sebenar “Scientology”, yang telah dikritiknya pada ucapan 2009 adalah,”contoh taktik kotor kerajaan yang juga digunakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar.”

No comments:

Post a Comment