Wednesday, February 27, 2013

Seks anal dalam akuan bersumpah Bala mula di highlight berikutan kepulangan Bala

Berikut adalah sebahagian daripada akuan sumpah bala

25. Dalam perbincangan itu dan dalam usahanya untuk memujuk saya untuk terus memberikan
perkhidmatan kepadanya, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa:--

25.1. Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pameran
berlian di Singapura.

25.2. Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Abdul Razak Baginda bahawa beliau
mempunyai hubungan seksual dengan Aminah dan bahawa dia (Aminah) rentan terhadap
seks anal.

25.3. Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak
mahu Aminah mengganggunya, yang kini sudah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

25.4. Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah menghadiri suatu
majlis makan malam di Paris.

25.5. Aminah menuntut wang daripadanya kerana dia berasa bahawa dia berhak mendapat
komisen USD$500,000.00 atas bantuan yang diberikannya bagi satu urusniaga kapal selam
di Paris.

Memang dah lama gua tergerak nak highlight benda ni... tapi tertangguh. Banyak benda lain yang  perlu didahulukan mengikut keadaan semasa dan terkini.

Berdasarkan sd tersebut, Bala menuduh kononnya DS Najib pernah berkata bahawa beliau mempunyai hubungan seksual dengan Aminah/ Altantuya iaitu seorang wanita yang suka akan seks anal..

Wo..Ayat-ayat tergantung seperti ini boleh mengundang pelbagai tafsiran. Pelbagai tafsiran negatif berkaitan seks anal boleh dilemparkan. Namun eloklah kita sama-sama menyerahkan kepada yang empunya diri.

Tuduhan sebegini hanya boleh ditentukan di mahkamah. Jika anda mempunyai persepsi sendiri, sila simpan dan biarkan ia di dalam benak anda. Jika persepsi anda salah maka anda tidak akan malu kepada sesiapa dan tidak dianggap sebagai seorang pemfitnah..

adios

No comments:

Post a Comment