Friday, February 8, 2013

Saintis Melayu - Yazid Sufaat ditangkap lagi

Bekas tahanan ISA bersama seorang wanita dituduh di bawah Seksyen 130 (G) Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti keganasan.

Yazid Sufaat dan Halimah Hussein hari ini didakwa kerana melakukan kesalahan tersebut di rumah Yazid di Taman Bukit Ampang, di antara 1 Ogos hingga 20 Oktober 2012, menurut pendakwaan yang dibaca di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Majistret Zulyana Zollkapli memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, dimana tarikh mula perbicaraan akan diberitahu kelak.

Yazid, 49 dan Halimah, 52 tahun ditahan semalam atas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), kerana dituduh mempromosi keganasan dengan merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai aktiviti keganasan.

Seorang lagi yang ditahan, Helmy Hasim masih lagi dalam siasatan polis.

Dalam pertuduhan yang dibacakan, Yazid dan Halimah dituduh melakukan keganasan dan mengugut orang ramai di Syria dengan keganasan.

Pendakwaraya Datuk Mohammad Hanafiah Zakaria mengatakan akta ini digazetkan pada Mac 2007 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Isteri kepada Yazid, Chomel Mohamad ketika ditemui berkata beliau tidak tahu perasaannya pada ketika ini.
“Saya rasa kaku, saya tidak tahu apa perasaan saya ketika ini.”

Beliau yang menjalankan perniagaan makanan di kafetaria di Mahkamah tTnggi Kuala Lumpur berkata, anak lelakinya kini yang menguruskan perniagaannya.

“Sekarang ni anak lelaki saya yang uruskan (perniagaan), hidup mesti diteruskan.”

Yazid pernah ditahan di bawah ISA selama tujuh tahun kerana dikatakan terlibat dengan serangan 11 September 2001 di Menara Pusat Dagangan Dunia di New York, Amerika Syarikat.

Akta Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu selepas beliau memansuhkan ISA pada tahun 2011.

Akta ini diluluskan parlimen pada Julai 2012 sebagai ganti kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Akta ini memberi kuasa besar kepada pihak polis untuk menahan orang yang dituduh sehingga 28 hari untuk tujuan siasatan tanpa melalui proses mahkamah.

Orang yang dituduh juga boleh untuk tidak dibenarkan bertemu peguam dalam tempoh 48 jam atau dua hari selepas ditahan.

Menurut peguam Yazid, Amer Hamzah Arsad, akta ini adalah akta tersendiri untuk memberi kuasa kepada polis untuk menahan seseorang atas kesalahan keselamatan.

Bagaimanapun, kesalahan yang didakwa kepada Yazid adalah Seksyen 130 (G) Kanun Keseksaan.- TMI

Sedikit tentang Yazid Sufaat
adios

No comments:

Post a Comment