Monday, February 25, 2013

Raja Nazrin TAJI umno PUJI pas

Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan
Raja Nazrin Shah Di Majlis Wacana Perpaduan Ummah Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Tarikh: 19 Februari 2013 (Selasa); Jam: 10.00 Pagi
Tempat: Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Bismillahi Rahmani Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala puji milik ALLAH Subhanahu Wata’ala. Salawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda; seterusnya ke atas para tabiin dan para ulama. Semoga memperoleh ihsan sehingga hari kebangkitan.

2. Dewan Bahasa dan Pustaka merintis usaha menganjurkan Wacana Perpaduan Ummah. Wacana ini berlangsung ketika persaingan politik di kalangan ummah sedang memuncak. Ia berlangsung pada waktu yang sangat mencabar memandangkan pilihan raya umum kali ketiga belas, diramal akan diadakan dalam masa terdekat. Langkah menganjurkannya pada waktu yang sensitif ini, adalah satu langkah berani. Dewan Bahasa dan Pustaka berkemungkinan berhadapan risiko untuk disalah ertikan, apatah lagi jika nada diskusi dan jika resolusi yang dirumuskan, bakal menghiris perasaan mana-mana kabilah politik.
bacaan lanjut di SINI

Maklumat terpilih daripada keseluruhan ucapan Baginda




Jika anda lebih suka membaca daripada menonton video di atas, sila baca teks penuh ucapan baginda di SINI

adios

No comments:

Post a Comment