Monday, February 4, 2013

Program UAI di Kuantan dapat liputan TV3..ngigau kot?

Ustaz Azhar Idrus masuk TV3 hari ini.. Angka kehadiran luar biasa yang membanjiri stadium Darul Makmur semalam bukan sahaja menarik perhatian blogger tetapi juga penerbit TV3. Sesetengah blogger menggambarkan kehadiran di program Wacana Perdana bertajuk Hasil Keajaiban Al Quran tersebut berjumlah 100 ribu orang.

Wacana Perdana bertajuk Hasil Keajaiban Al Quran

Sejarah tercipta. Tidak pernah TV3 menayangkan berita tentang kejayaan program UAI... Tapi mengapa kali ini?

Pada pandangan gua TV3 mula mengorak langkah mengembalikan kepercayaan penonton yang selama ini semakin berkurangan akibat beberapa berita tidak tepat yang disiarkan TV3.

Saksikan video siaran berita tv3

Adakah gua tersalah dengar? Pada saat ke 13 hingga 18 dalam video di atas pemberita menyebut,
 "100ribu orang kebanyakannya anak muda"

Tahniah sebesar-besarnya untuk Ustaz Azhar Idrus kerana berjaya mencipta dua sejarah dengan satu program. Pertama, berjaya menarik anak muda terramai dalam satu program agama dan kedua adalah berjaya membuatkan TV3 mengakui Islam sedang bangkit di Malaysia lalu terpaksa menyiarkan berita program tersebut dengan rasa berat di hati... wakaka

Teringat kata seorang sahabat, 
"Empayar Islam berakhir di Malaysia (melaka) dan di Malaysia juga ia akan bangkit.
wallhu a'lam


adios

No comments:

Post a Comment