Tuesday, February 19, 2013

PKR Johor dituduh sabotaj DAP

KUALA LUMPUR, 18 Feb — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa campur tangan bagi menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri Johor, kata pengerusi DAP negeri Dr Boo Cheng Hau hari ini, pada masa sama juga menyatakan tidak yakin dengan kepimpinan PKR negeri yang dipimpin Datuk Dr Chua Jui Meng.

Dalam satu kenyataan hari ini, Boo dilihat tidak berpuas hati dengan ketua PKR Johor tersebut selepas secara terbuka menyatakan langkah DAP berhasrat mahu meletak ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong bertanding di Gelang Patah sebagai tidak matang.

“Saya sangat percaya Datuk (Dr) Chua Jui Meng adalah individu ‘dibelakang tabir’ keatas beberapa serangan hebat terhadap DAP Johor,” kata Boo.

“Terdapat gerakan bawah tanah menentang DAP Johor sejak beberapa bulan dahulu.”

Boo mendedahkan terdapat beberapa badan bukan kerajaan di negeri tersebut yang berkempen “Jangan jadikan DAP terlalu kuat” serta menyatakan mereka juga diserang daripada setiap sudut sehingga dilabel sebagai “bongkak”.TMI

No comments:

Post a Comment