Tuesday, February 5, 2013

"Pembalasan Si Pitung" - Nasha dijangka akan belasah PAS hari ini.



Laman FB Berita Harian mewar-warkan lintas langsung bersama-sama dengan Nasharuddin Mat Isa yang akan disiarkan secara langsung esok bermula pukul 3 petang.

Wow! Rasa-rasanya, tidak pernah pemimpin pembangkang diberi slot yang seistimewa ini. Sewaktu Anwar Ibrahim dipecat dan difitnah dahulu, media perdana turut berkomplot dengan pemimpin UMNO untuk menjatuhkannya.

Kalau disorot kembali, pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Pas mendapat pembelaan daripada pemimpin utama UMNO termasuk Najib dan Muhyiddin, media perdana, dan blog-blog pro-UMNO.-DCM

haha. Medan terbaik untuk mebalun PAS yang baru sahaja menggugurkan beliau daripada Majlis Syura. Slot khas yang diberi oleh Berita Harian dan disiar secara langsung jam 3.00 petang 5.2.2013 pastinya membuatkan ramai orang tertunggu-tunggu terutama pemerhati politik.

Nasha dijangka akan membuat statement yang memalukan PAS. Kita tunggu saja apa ulasan beliau dalam lintas langsung itu nanti. Sama-sama kita nantikan sama ada ucapannya akan berbunyi senada dan seirama dengan Hassan Ali atau umno. Gua menunggu dengan penuh semangat akan keindahan kata-katanya terhadap PAS dalam program itu.. wakaka

Bagi yang belum mengetahui siapa Nasha dan apa yang menyebabkan beliau digugurkan daripada Maajlis Syura PAS, sila ke SINI untuk mendapat sedikit gambaran mengapa dia digugurkan dari Majlis Syura.



**"Pembalasan Si Pitung" adalah tajuk filem indonesia dolu-dolu... wakaka


No comments:

Post a Comment