Friday, February 1, 2013

Remuk redam hati Ibrahim perkasa apabila membaca kenyataan Mahathir ni.... wakaka

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Datuk Ibrahim Ali boleh jadi menyokong Umno akan tetapi beliau bukanlah jurucakap parti tersebut, kata penaung Perkasa Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meredakan ketegangan agama menjelang Pilihan Raya 2013.

Ibrahim, ahli parlimen sayap kanan Melayu itu, mencetuskan kekecohan minggu lalu apabila beliau dilaporkan menggesa umat Islam agar membakar kitab suci penganut Kristian dalam bahasa Melayu jika menggunakan “Allah” sebagai tujukan kepada tuhan mereka.

“Allah” itu perkataan Arab yang ramai orang Islam di sini percaya hanya eksklusif kepada komuniti mereka.

“Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru dicetak,” tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc malam tadi. “Itu boleh menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini. Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh dilakukan kepada Al-Quran.

“Tetapi apa yang Ibrahim katakan tidak mencerminkan pandangan Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menjadikannya begitu dalam usaha untuk mendapat keuntungan politik,” bekas perdana menteri itu menambah.

Dr Mahathir, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno, dengan cepat menegaskan parti tunjang pemerintah Barisan Nasional (BN) itu percaya “Allah” adalah eksklusif kepada Islam tetapi “ia tidak menyokong pembakaran bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini”.

“Saya menganggap cubaan untuk mengaitkan sokongan Ibrahim kepada Umno bersamaan dengan apa yang beliau katakan adalah pendirian Umno sebagai nakal,” kata bekas presiden parti itu.

“Ibrahim bukan ahli Umno. Beliau boleh menyokong Umno tetapi beliau bukan seorang jurucakap Umno.”
Dr Mahathir yang pada 2011 menasihatkan Umno supaya tidak bermusuh dengan Perkasa jika mahu memenangi kembali undi Melayu yang hilang pada Pilihan Raya 2008, dilihat menjauhkan diri dengan pendirian keras kumpulan tersebut.

“Walaupun kita boleh mempunyai perbezaan politik, kita tidak perlu mengambil jalan keluar dengan menggunakan perbezaan agama untuk memenangi pilihan raya. Ia adalah pedang bermata dua dan orang-orang yang hidup dengan pedang akan mati oleh pedang.

“Biarkan kontroversi ini diselesaikan secara tertutup oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Jangan benarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu-isu agama,” katanya dan merayu kepada semua pihak untuk menghentikan “penyalahgunaan” mereka dalam isu sensitif ini.-TMI

Bukankah semasa Ibrahim mengucapkan seruan bakar bibble yang mengandungi kalimah Allah itu, Mahathir turut hadir dalam majlis tersebut sebagai penaung perkasa?

Perkataan 'pelampau' dalam perenggan akhir tu ditujukan kepada siapa? wakaka

PAS sudah ceraikan Nasha - Nik Aziz


adios

No comments:

Post a Comment