Friday, February 1, 2013

PAS sudah ceraikan Nasha - Nik Aziz

Bachok; 31.Januari - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penyingkiran bekas naib president PAS, Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS adalah sama seperti dipecat daripada parti.

Beliau berkata Nasharuddin tidak perlu menunggu surat rasmi daripada parti mengenai status keahlian beliau kerana pengusiran dari Majlis syura secara automatik bermakna beliau tidak lagi ahli PAS.

"Adalah tidak menjadi soal sama ada beliau telah menerima surat daripada Majlis syura tentang pemecatannya atau menunggu jawapan mengenai status keahlian beliau. Hakikatnya  lafaz cerai telah dilakukan dengan dan beliau secara rasmi tidak lagi menjadi anggota parti," katanya kepada pemberita. - M_review



Gambar untuk dikenang sepanjang hayat penyokong PAS


adios

No comments:

Post a Comment