Thursday, February 7, 2013

Neelofa dituduh cuba rampas laki orang...

Neelofa nafi rampas suami orangPelakon dan pengacara popular, Neelofa, menafikan bahawa dia sedang bercinta dengan suami seorang pengacara terkenal.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor meminta agar segala gosip liar ini dihentikan dengan segera. "Sudah-sudahlah buat fitnah terhadap saya. Jangalah lagi dikaitkan saya dengan cerita perampas suami orang. Kepada si penyebar fitnah pula, belajarlah menghormati orang lain," ujarnya kepada Berita Harian.

Neelofa yang lebih mesra dengan panggilan Lofa memberitahu bahawa dia terkejut apabila gosip tersebut tersebar kerana dia dan lelaki itu tidak ada sebarang hubungan istimewa langsung walaupun sudah berkawan lama.

"Saya kenal dia sejak umur saya 17 tahun lagi. Kami hanya berkawan. Jadi, apabila gosip ini mula timbul, memang saya terkejut. Kalau ikutkan, memang malas saya nak komen tapi kerana cerita perampas ini memang tak masuk akal." tupai.com

No comments:

Post a Comment